CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22537|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai digesa terus bekerjasama dengan pihak berkuasa basmi rabies

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:11 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Orang ramai digesa terus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membasmi wabak rabies di Sarawak sekali gus mencapai sifar penyakit itu menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, mereka terutama pemilik anjing boleh membantu dengan memastikan haiwan peliharaan masing-masing divaksinasi setiap tahun.

“(Dan) sekiranya anda digigit atau dicakar oleh anjing yang mungkin mempunyai rabies, sila ambil tindakan segera dengan pergi ke klinik untuk mendapatkan vaksinasi.

“Ini kerana rabies boleh dicegah dalam kalangan manusia dan haiwan asalkan mengambil suntikan ini," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2024 di sini, hari ini.

Malah kata Dr Sim, tahap kesedaran orang ramai terhadap wabak itu juga perlu ditingkatkan ekoran berlakunya perubahan pola jangkitan rabies di Sarawak.
Selain anjing, kini kucing juga boleh dijangkiti wabak rabies dan bukan hanya anjing liar sahaja malah haiwan peliharaan anda juga.

"la tidak lagi hanya melibatkan anjing. Kucing juga terlibat dan kini haiwan peliharaan anda pun boleh terkena rabies, bukan lagi hanya haiwan terbiar.

“Jadi pola jangkitan rabies ini telah berubah dan semua orang perlu menyedari perubahan ini dengan menekankan sistem pemvaksinan untuk mencegah rabies dalam melindungi kedua-dua haiwan dan manusia,” tegasnya.

Sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 6,966 atau 55 peratus daripada 12,587 kes gigitan haiwan melibatkan gigitan atau cakaran kucing, 5,451 (43 peratus) adalah gigitan anjing dan 170 (1.3 peratus) melibatkan haiwan lain.

Daripada kes tersebut, 8,703 atau 69 peratus merupakan gigitan atau cakaran haiwan peliharaan manakala 3,884 (31 peratus) melibatkan haiwan liar atau terbiar.

Menurut Dr Sim, salah satu cara untuk sentiasa maklum mengenai wabak itu, jelasnya adalah melalui aplikasi rabies yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Beliau berkata aplikasi tersebut menyediakan maklumat mengenai kes rabies dan vaksinasi haiwan.

Selain itu, katanya, Kerajaan Sarawak juga  telah menubuhkan Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) bagi mencegah kemasukan rabies di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan dan memberi vaksin kepada anjing di zon berkenaan.

"Kerajaan Sarawak telah melakukan banyak usaha dalam mengekang penularan wabak ini… kita melakukanya demi keselamatan orang ramai dan mahu mencapai status negeri bebas rabies menjelang 2030," tegas Dr Sim.

Untuk rekod, Sarawak telah melaporkan 81 kes

jangkitan rabies manusia yang membawa kepada 74 kematian sejak wabak itu bermula 2017.

Pada tahun ini sahaja, enam kes jangkitan rabies manusia telah dilaporkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.601226 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list