CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23119|Reply: 0

[Sarawak] Operasi SAR lelaki hilang ketika berburu di Baram diteruskan

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:23 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan SAR bersama penduduk kampung sedang giat mencari Michael Asun Atang pada Isnin. - Gambar JBPM

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Michael Asun Atang, 40, diteruskan hari ini selepas tidak menemui sebarang petunjuk meskipun pencarian diperluas hingga lapan kilometer dari lokasi terakhir mangsa di kawasan Sungai Meterek yang terletak di seberang Kampung Long Laput, Baram.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak dalam satu kenyataan pada Isnin, menjelaskan operasi diteruskan pada hari kedua hari ini meskipun berdepan kesukaran ke lokasi.

"Pasukan SAR pada hari pertama dimulakan dengan menaiki perahu ke seberang dan berjalan kaki ke lokasi kejadian yang mengambil masa sekitar dua jam 30 minit," jelas kenyataan itu.

Selain itu, pasukan SAR menggunakan jalan balak ke kampung Long Laput dengan laluan banyak jalan yang licin, laluan jalan yang berdebu, berlubang, tidak rata dan jarak penglihatan agak dekat.

"Tiada juga liputan telekomunikasi di lokasi kejadian, pasukan SAR juga berjalan kaki melalui jalan berbukit dan licin, melalui anak sungai kecil, merendah kawasan berpaya dan belukar tebal yang sukar dilalui," ujarnya.

Bagaimanapun, pasukan SAR masih belum menemui sebarang petunjuk keberadaan terkini mangsa kecuali hanya menjumpai sehelai baju celoreng askar warna hijau yang tergantung di pokok sawit pada hari pertama SAR.

Michael dilaporkan hilang oleh keluarganya setelah keluar berburu bersama dua orang rakan di kawasan Sungai Meterek yang terletak di seberang Kampung Long Laput, Baram pada petang Jumaat lalu.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa di Balai Polis Long Lama.

Sekitar jam 1 petang, 27 September lalu, mangsa bersama dua orang rakannya masing-masing dikenali sebagai Stephan Wan Sim dan Ah Ngung telah keluar berburu di kawasan Sungai Meterek yang terletak di seberang Kampung Long Laput.   

"Dua orang rakan mangsa telah pulang ke kampung, manakala mangsa masih belum pulang sehingga laporan polis dibuat oleh ahli keluarganya pada jam 2.46 petang semalam (Ahad)," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SAR dilancarkan dengan sepasukan tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi telah digerakkan ke lokasi seawal jam 6.45 pagi Isnin.

Sementara itu, usaha mencari mangsa yang dilakukan orang kampung pada Isnin hanya menjumpai sehelai baju celoreng askar warna hijau yang tergantung di pokok sawit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071238 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list