CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10527|Reply: 0

[Sabah] Mayat mangsa baham buaya ditemukan tidak sempurna

[Copy link]
Post time 3-10-2024 09:00 PM | Show all posts |Read mode




MANGSA: Mayat mangsa baham buaya di sungai berhampiran Ladang KLK Jatika, Kunak ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.

KUNAK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam ditemukan dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya di sungai berhampiran Ladang KLK Jatika, di sini pagi tadi.

Mayat Ridwan Nawir, 50, ditemukan oleh pasukan penyelamat bersama orang awam pada jam 9.41 pagi kira-kira 600 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohammad Omarbatha berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pada hari kedua.

“Operasi dimulakan pada jam 7.10 pagi dengan menggunakan bot pasukan operasi dan orang awam di sepanjang sungai tempat mangsa dilaporkan dibaham buaya.

“Bagaimanapun, jasad mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu sebelah kaki, kepala dan separuh badan sudah tiada. Kita syaki dibaham buaya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohammad berkata, mayat mangsa dibawa ke kawasan kampung dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 10.48 pagi selepas semuanya selesai,” katanya.

Terdahulu, mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang menjalankan aktiviti memukat ikan di sungai berkenaan pada pagi semalam.

Menurut saksi iaitu kawan mangsa bahawa lelaki terbabit telah disambar buaya di sungai berkenaan, sebelum membuat laporan kecemasan mengenai kejadian itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.200389 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list