CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31706|Reply: 0

[Sarawak] Penubuhan STATOB komitmen berani Sarawak jalin kerjasama ekonomi lebih besar dengan Brunei

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari melakukan simbolik perasmian Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) di Pavo Point, Bandar Seri Begawan hari ini. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) mencerminkan komitmen berani Sarawak menjalinkan kerjasama ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, STATOB akan berfungsi sebagai platform idea-idea yang disuara dan dikumpulkan serta kemunculan peluang untuk potensi kerjasama.

"Hari ini, ketika kita berkumpul di Brunei untuk meraikan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak, kita bukan sekadar membuka ruang fizikal (tetapi) kita memulakan lembaran baharu dalam berkongsi kerjasama naratif, kemakmuran dan saling menghormati.

"Pada 2019, saya mencadangkan satu inisiatif strategik untuk mempromosikan produk dan tarikan pelancongan Sarawak ke pasaran global melalui penubuhan STATOB dan hari ini, kita sangat teruja untuk merasmikan STATOB di sini, di Pavo Point," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian STATOB di Pavo Point, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam Dato Seri Setia Awang Erywan.

Abang Johari berkata, menerusi STATOB Sarawak komited menyokong Brunei untuk mencapai 10 peratus penjanaan campuran tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035, seperti digariskan dalam Perjanjian Paris.

Beliau bagaimanapun berkata, kerjasama dengan Brunei tidak hanya melibatkan sektor tenaga tetapi juga pertanian komersial termasuk penanaman padi, akuakultur dan penternakan lembu serta kerbau.


Abang Johari menandatangani plak perasmian Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) di Pavo Point, Bandar Seri Begawan hari ini. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

Ujarnya lagi, inisiatif itu bukan sekadar bertujuan memperkukuhkan sara diri tetapi juga membuka ruang baharu untuk kerjasama antara wilayah dalam pasaran global.

Menurutnya, apabila pasaran global berkembang dan Timur Tengah muncul pengguna utama, wujud peluang besar yang meletakkan Sarawak dan Brunei menjadi peneraju bersama dalam bidang tersebut dengan jenama yang lebih kukuh.

"Pelancongan, satu lagi bidang penting dan boleh berkembang maju dalam kerjasama ini, terutamanya mempromosikan acara yang mempamerkan kekayaan budaya Sarawak dan Brunei serta tarikan semula jadi menakjubkan, menggunakan lapangan-lapangan terbang kita sebagai hab pelancongan," jelasnya.

Abang Johari berkata, Sarawak melabur kira-kira RM6 bilion (AS$1.4 bilion/B$1.9 bilion) untuk membina lebuh raya pantai bagi membangunkan Lawas dan Limbang yang pada masa sama memudahkan perjalanan ke bahagian lain di Sarawak melalui Brunei.

Projek lebuh raya pantai itu katanya, disasarkan siap menjelang 2030.

Dalam sektor tenaga katanya, Sarawak memperkukuhkan bekalan tenaga dengan membina loji jana kuasa gas turbin 500 megawatt di Miri bagi membekalkan tenaga ke Wilayah Utara negeri ini, termasuk Limbang/Lawas.

Beliau berkata, loji bernilai RM2 bilion (AS$480 juta) itu kini dalam proses pembinaan dan dijadual siap menjelang 2029.

Wilayah Utara Sarawak juga katanya, mempunyai potensi pertanian luar biasa dan akan dibangunkan sebagai sebahagian daripada agenda sekuriti makanan, terutamanya pengeluaran beras di Lembah Limbang/Lawas yang turut merangkumi pembangunan ternakan.

"Akhirnya, usaha yang berpusat di sekitar STATOB bukan hanya melibatkan aktiviti perdagangan tetapi juga komuniti.

"Pembukaan STATOB menandakan permulaan era baharu pertukaran budaya, membolehkan komuniti Sarawak dan Brunei belajar antara satu sama lain, meraikan warisan yang unik seterusnya mengeratkan hubungan sesama kita," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044064 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list