CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40793|Reply: 0

[Kedah] Parit cetek punca banjir kilat

[Copy link]
Post time 11-10-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-10-2024 07:18 PM

Parit cetek punca banjir kilat

OlehROSHILA MURNI ROSLI

11 Oktober 2024 04:56pm




Mohamad Sukor menunjukkan paras air banjir di dinding rumah mereka sambil diperhatikan ibunya.




KUBANG PASU - Sekumpulan penduduk di Kampung Baru Jalan Sintok di sini, terpaksa berhadapan dengan banjir kilat setiap kali hujan lebat di rumah mereka.

Mohamad Sukor Abdul karim, 43, berkata, masalah terbabit berpunca daripada sistem perparitan di hadapan rumah mereka yang cetek.

Katanya, kali terakhir parit itu diperdalamkan kira-kira 10 tahun lalu oleh pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung ketika itu.

"Bila parit terlampau cetek, hujan lebat dalam setengah jam pun dah naik air, sampai masuk dalam rumah.


"Rumah ini pula ada ibu yang uzur dan berstatus orang kurang upaya, jadi kesian dekat ibu saya terpaksa redah air," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

]
Hassan menunjukkan parit yang cetek di hadapan rumah mereka yang dianggarkan sepanjang 500 meter.




Menurutnya, pada banjir minggu lalu, kakak iparnya terpaksa membawa ibu mereka berpindah ke surau berdekatan.


"Keesokannya kami mohon untuk duduk PPS (pusat pemindahan sementara) di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun," katanya.


Ibunya, Jamaliah Mat, 67, pula berkata, dia pernah tidur atas tilam yang dipenuhi air kerana tidak mampu untuk bangun menyelamatkan diri.

"Dalam bilik jadi macam kolam. Sebab tu dalam rumah tak pernah beli sofa apa pun. Mesin basuh sudah tiga biji rosak kena air banjir.

"Saya nak suruh anak-anak tambah rumah bagi tinggi pun, mereka tak mampu sebab semua kerja biasa saja," katanya.


Sementara itu, Hassan Osman, 69, berkata, parit di hadapan rumah mereka itu dianggarkan sepanjang 500 meter sahaja.


"Sepatutnya sebab tak panjang sangat mereka boleh selesai dengan cepat. Kalau bab aduan pula memang dah kerap kali buat. Jabatan Kerja Raya pun dah pernah datang tengok, tapi sama juga tak ada perkembangan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/690430/edisi/utara/parit-cetek-punca-banjir-kilat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.570336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list