NALA kucing popular di seluruh dunia
HAKIKATNYA, bukan manusia sahaja yang ada status pempengaruh di media sosial.
Kucing juga tidak kurang popular di ruang maya kerana memiliki kelompok peminat tersendiri.
Media sosial seperti Instagram (IG) umpamanya adalah salah satu platform yang meriah dengan akaun kucing dengan jumlah pengikut dan carian yang begitu ramai.
Nala The Cat
Nala The Cat adalah kucing yang cukup popular seantero dunia dengan memiliki lebih 4.5 juta pengikut di IG sahaja.
Populariti kucing ini mula memuncak apabila pemiliknya, Varissiri Mathachittiphan mula berkongsi kisah dan gambar Nala di Instagram sejak 2012.
Kini banyak produk haiwan mahu bekerjasama dengannya sebagai pempengaruh.
Pada 2017, Forbes menyenaraikan Nala sebagai 'Top Influencer' dalam kategori haiwan peliharaan.
Selain sebagai haiwan yang bergelar pempengaruh, Nala juga pernah membintangi filem berjudul Nine Lives di samping pelakon popular, Kevin Spacey pada 2016.
Venus The Two Faces Cat
Kucing ini memiliki dua wajah sangat unik dan tidak hairan jika jumlah pengikut Venus di IG sahaja mencecah 2.2 juta.
Ramai yang tertarik mengikuti akaun Venus kerana tertarik dengan wajahnya yang memiliki dua warna iaitu hitam dan oren.
Grumpy Cat
Selain itu, kucing yang popular dengan wajah pemarah, Grumpy Cat masih diminati ramai.
Sejak muka pemarah Grumpy viral di laman sosial pada 2012, ia terus mendapat perhatian ramai.
Jumlah pengikutnya di media sosial kini melebihi 2.6 juta.
Keunikan wajah pemarah Grumpy turut dikomersialkan kepada pelbagai barangan antaranya aksesori kucing, wangian, baju, kasut, stoking, keperluan majlis dan buku cerita.
Smoothie The Cat
Kucing berbulu panjang daripada baka British Longhair itu terkenal kerana memiliki rupa yang fotogenik.
Ia tidak kekok apabila berhadapan dengan kamera, membolehkan kucing kesayangan ramai itu meraih lebih 2.3 juta pengikut di IG.
Hosico Cat
Kucing baka Scottish Straight, Hosico Cat yang bersaiz comel ini turut popular di alam maya.
Sehingga kini, ia memiliki 1.8 juta pengikut di IG.
Bujibu Chempel
Di Malaysia, kucing peliharaan pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Bujibu Chempel tidak kurang popular dalam kalangan pencinta haiwan di negara ini.
Sehingga kini, akaun IG Bujibu Chempel memiliki 1.5 juta pengikut manakala Facebooknya, 112,000 pengikut.
Lebih menarik, Bujibu sebelum ini juga mempunyai siri realiti televisyen sendiri bersama anak sulung pasangan itu, Yusof Iskandar selain menjadi duta produk makanan
|