CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19499|Reply: 0

[Johor] Pemandu lori maut serangan jantung, terbabit kemalangan 4 kenderaan

[Copy link]
Post time 24-12-2024 05:33 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDU lori kena serangan jantung menyebabkan kenderaannya hilang kawalan dan berlanggar dengan tiga kenderaan lain. FOTO Ihsan Polis.

Johor Bahru: Pemandu lori maut dipercayai mengalami serangan jantung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Station, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu berlaku ketika lelaki berusia 30 tahun memandu lori untuk menghantar barangan perubatan di sekitar pusat bandar.

"Tiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan hilang kawalan sebelum lorinya melanggar kenderaan pacuan empat roda dan dua kereta yang diparkir di sebelah kanan jalan.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dia tidak mengalami kecederaan fizikal lain," katanya dalam kenyataan media.

Raub meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulpaka Bambo di talian 014-8861791 atau hadir ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057378 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list