CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7868|Reply: 10

[Tempatan] Warga emas mangsa ragut di Bangsar meninggal dunia

[Copy link]
Post time 30-12-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Warga emas mangsa ragut di Bangsar meninggal dunia

https://www.freemalaysiatoday.co ... ar-meninggal-dunia/

'Ainin Wan Salleh
30 Dec 2024, 11:45 AM

Lim Foong Mei, 78, yang dalam proses pemulihan meninggal dunia di sebuah rumah jagaan di Bangsar.


Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi 7 Okt lalu di Jalan Limau Manis ketika Lim Foong Mei berjalan ke sebuah kedai.

PETALING JAYA: Warga emas yang parah di kepala selepas menjadi mangsa ragut bermotosikal di Bangsar Oktober lalu meninggal dunia.

Presiden Persatuan Penduduk Taman Bangsar, Nitesh Malani, memberitahu FMT Lim Foong Mei ditempatkan di rumah jagaan di Bangsar dan semakin pulih ketika dia meninggal dunia pada usia 78 tahun hari ini.

Menurut notis obituari, mayat Lim akan dibakar Jumaat ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi 7 Okt lalu, Lim sedang berjalan ke kedai di kawasan kejiranan di Jalan Limau Manis.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang penunggang motosikal meragut beg tangannya menyebabkan dia terjatuh dan tidak bergerak di atas jalan sehingga beberapa orang yang lalu-lalang membantunya beberapa minit kemudian.

Lim dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan akibat pendarahan di kepala dan diletakkan bawah pemerhatian perubatan.

Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

FMT sudah menghubungi polis untuk mendapatkan komen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 12:13 PM | Show all posts
celaka punya peragut..
semoga mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:20 PM | Show all posts
ko tanggung la dosa meragut sampai mati mangsa tu.. meragut mangsa ni berapa sen sangat la ada dalam beg tu.. mesti aunty ni keluar jalan sorang2 nak gi beli bfast kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Video nya aku tgk.masa dia terjatuh diragut tu lama gak auntie  tu  keseorgan..org x ambik peduli.ada yg tgk je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 04:41 PM | Show all posts
Semoga peragut tu terima balasan setimpal.
macam xde kerja lain nak buat.

RIP aunty.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 04:45 PM | Show all posts
kuewTiau replied at 30-12-2024 04:41 PM
Semoga peragut tu terima balasan setimpal.
macam xde kerja lain nak buat.

Amin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sia2 ja nenek ni jaga badan jaga makan jaga kesihatan sampai umur 78, ujung2 mati berasbabkan peragut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 05:54 PM | Show all posts
semoga orang lalu lalang yang tengok buat bodo tu pun diragut seret mati keseorangan depan orang ramai yang buat tak kisah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai siannya...semoga peragut kena tangkap dan disebat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:22 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 30-12-2024 06:56 PM

dalam kes lain, ada video peragut,
kena belasah ramai2,
kena tumbuk, kena sepak, tertonggeng2
ramai yang komen macam2,
kesian masing2 pada peragut.
worang malaysia mudah kesian dengan penjenayah

peragut macam ni, elok kasi potong tangan dia,
kejam punya manusia. takde kira fikir nyawa org lain.
kasi cacat tangan dia, baru dia rasa.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 30-12-2024 05:54 PM
semoga orang lalu lalang yang tengok buat bodo tu pun diragut seret mati keseorangan depan orang ram ...

"Tatau buat apa la kaka..lagi saiya pigi...salah pigang..lagi cipat dia mati nanti dia famili saman saiya la"-Bangla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.234510 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list