CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10671|Reply: 0

[Pulau Pinang] Taukeh ketum dipercayai beli senjata dari sempadan

[Copy link]
Post time 7-1-2025 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Taukeh ketum dipercayai beli senjata dari sempadan

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.





Balik Pulau: Suspek yang ditahan kerana memiliki senjata tajam dan tiruan ketika serbuan di sebuah rumah teres dekat Lintang Bayan 6, Bayan Lepas di sini, semalam, mendakwa membelinya di TikTok.

Namun, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya percaya kesemua senjata yang dirampas itu diperoleh suspek dari sempadan negara jiran.

Katanya, suspek kemudian menjual senjata berkenaan secara dalam talian mengikut permintaan pelanggan.

"Kita percaya ia hanya alasan dan dipercayai dibawa masuk dari sempadan negara Thailand.


"Suspek menjual senjata itu sejak tiga bulan lalu, berdasarkan permintaan pelanggan iaitu peminat senjata.




"Beberapa jam tangan berjenama yang dirampas semalam juga disahkan asli dan kita masih menyiasat mengenainya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, hari ini.

Sazalee berkata, siasatan masih dijalankan terhadap suspek yang ditahan bersama isteri keduanya.

"Sehubungan itu masyarakat ditegah daripada membeli atau menyimpan senjata berjadual dengan sesuka hati walaupun bagi tujuan mengumpul koleksi peribadi.

"Sekiranya ditangkap atau barangan dirampas, individu berkenaan boleh dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958," katanya.

Pasangan yang masing-masing berusia 47 dan 35 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1953.

Semalam Harian Metro melaporkan penghantar e-hailing dan operator kilang ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi pemprosesan air ketum susulan penemuan peralatan masak dan sebanyak 600 bungkusan cecair itu dalam tong air.

Turut ditemukan ialah sebanyak 71 senjata berbahaya seperti kerambit, keris, pedang samurai dan 'machine gun' jenis automatik tiruan serta beberapa jam tangan berjenama di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

Sazalee berkata, siasatan awal mendapati bekalan daun ketum itu dibeli dari Pendang daripada lelaki warga Thailand dengan nama panggilan 'Thor' dan dijual pada harga RM5 bagi setiap 300 ml.

"Siasatan awal mendapati suspek yang lima bulan menjalankan aktiviti itu, mempunyai kemahiran memproses daun ketum sejak tiga tahun lalu.

"Sebungkus air ketum itu dijual dengan harga RM5 bagi setiap 300 mililiter (ml)," katanya.



Disiarkan pada: Januari 7, 2025 @ 2:43pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1173788/taukeh-ketum-dipercayai-beli-senjata-dari-sempadan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.037639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list