CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11038|Reply: 0

[Kedah] Etiqa hulur bantuan pascabanjir

[Copy link]
Post time 7-1-2025 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Etiqa hulur bantuan pascabanjir





PENGURUSAN kanan EFTB dan URWAH pada majlis penyampaian bantuan.



Kuala Lumpur: Susulan banjir besar yang melanda negeri Kedah pada hujung tahun lalu, Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB) dengan kerjasama Persatuan Amal Kebajikan Sahabat Urwah (URWAH) menyalurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas melalui Program Bantuan Pascabanjir bagi meringankan beban mereka membina semula kehidupan.

Melalui program ini, EFTB telah menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM150,000 kepada lebih 500 keluarga di Kedah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu, dan Pokok Sena.

Penerima manfaat program ini mendapat sumbangan tunai RM200 serta bantuan segera dalam bentuk pek makanan asas bernilai RM100 yang mengandungi barangan keperluan harian dan barangan kebersihan asas yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif EFTB, Zafri Ab Halim berkata, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia, EFTB berbesar hati memainkan peranan dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat banjir besar di Kedah.







"Program ini sejajar dengan visi korporat kami, Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik.

"Melalui kerjasama dengan URWAH, kami berharap sumbangan ini bukan saja dapat meringankan beban keluarga yang terkesan, tetapi juga memberikan sedikit ketenangan dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

"Kami percaya semangat keprihatinan dan solidariti adalah kunci utama dalam usaha membangunkan semula komuniti yang terjejas," katanya.

Sementara itu, Pengerusi URWAH, Mohamad Dhirar Azwar berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan tersenarai di bawah Program Rakan NADMA 2030, pihak amat berterima kasih kepada EFTB atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan untuk kali ini.

Beliau berkata, bantuan tunai RM200 dan pek makanan asas bernilai RM100 yang diagihkan terus kepada setiap keluarga diharap dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi pasca bencana ini.

"Kami juga menghargai kerjasama erat dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta pihak Penghulu Daerah dalam memastikan bantuan disampaikan dengan lancar dan menyeluruh," katanya.



Disiarkan pada: Januari 6, 2025 @ 5:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1173542/etiqa-hulur-bantuan-pascabanjir




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.873635 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list