CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11361|Reply: 0

[Kedah] 12 nelayan mangsa kebakaran terima bantuan, harap masalah penempatan selesai

[Copy link]
Post time 7-1-2025 06:50 PM | Show all posts |Read mode
12 nelayan mangsa kebakaran terima bantuan, harap masalah penempatan selesai

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





MUHAMMAD Faiz (enam,kiri) menyampaikan sumbangan Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM132,000 kepada 12 keluarga nelayan yang terbakar yang berada di PPS SJK(C) Choong Cheng. FOTO Wan Nabil Nasir





Sungai Petani: Sebanyak 12 keluarga nelayan yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Tanjung Dawai kelmarin, menerima bantuan RM132,000 daripada Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, setiap keluarga menerima RM11,000 yang diharap dapat meringankan beban mereka sepanjang menyewa rumah sebelum ada penempatan baharu dibina.

"Sebanyak 14 rumah terbakar, 12 daripada mereka adalah nelayan, jadi setiap keluarga nelayan menerima RM11,000 bantuan kewangan bagi meringankan beban untuk dapatkan rumah sewa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Choong Cheng di sini, hari ini.

Muhammad Faiz berkata, perbincangan awal dengan kerajaan negeri sudah dilakukan untuk penempatan semula mangsa kebakaran itu.


"Status tanah dimaklumkan di bawah agensi kerajaan negeri Kedah. Jadi soal status tanah perlu diuruskan terlebih dahulu sebab kita tak boleh sewenang-wenangnya bina rumah baharu (di tapak sama) sebelum isu status tanah selesai.




"Ikut rekod tanah ini (lokasi kebakaran) bukan DI bawah LKIM," katanya.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Yusof Ismail, 61, berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diberikan namun berhadapan sedikit kesulitan untuk mencari rumah sewa berdekatan kawasan Tanjung Dawai.

Yusof yang mengalami kecederaan melecur di leher dan tangan dalam kebakaran itu berkata, buat masa ini, dia dan ahli keluarganya terpaksa memilih untuk tinggal di PPS, sementara mencari rumah sewa berdekatan.

Seorang lagi mangsa, Jahara Mohamad, 57, pula berharap agar dibantu dalam urusan mencari rumah sewa yang hampir dengan lokasi rumah yang terbakar.

"Kami sudah uzur... nak besarkan dua anak, seorang berada di sekolah berasrama penuh dan seorang lagi berada di universiti, kalau duduk jauh dari Tanjung Dawai susah suami saya (Mat Jusoh Zakaria, 67) nak turun ke laut seawal jam 5 pagi," katanya.



Disiarkan pada: Januari 7, 2025 @ 5:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1173857/12-nelayan-mangsa-kebakaran-terima-bantuan-harap-masalah-penempatan-selesai




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.113940 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list