CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7088|Reply: 0

[Perlis] Raja Muda Perlis berangkat dengar taklimat perancangan Land Bridge Ranong-Chumpon di Thailand

[Copy link]
Post time 9-1-2025 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Raja Muda Perlis berangkat dengar taklimat perancangan Land Bridge Ranong-Chumpon di Thailand

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Januari 9, 2025 @ 1:02pm [email protected]





Raja Muda Perlis (dua dari kanan) berkenan menyampaikan cenderaha ti kenangan kepada Gabenor Wilayah Ranong, Suphot Phutikiatkhajorn ketika kunjungan ke Ranong. - Foto ihsan MAIPs




KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima taklimat mengenai cadangan perancangan Land Bridge Ranong-Chumpon di Thailand.

Taklimat itu disampaikan oleh Gabenor Wilayah Ranong, Suphot Phutikiatkhajorn.

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan, berkata sesi taklimat itu adalah sebahagian daripada program diaturkan sempena lawatan kerja Ziarah Mahabbah MAIPs ke wilayah berkenaan dari 7 sehingga 9 Januari yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin.

Katanya, dalam lawatan itu, Suphot menerangkan status terkini projek adalah pada peringkat kajian.


"Jika dilaksanakan kelak, ia akan merangkumi enam lorong lebuh raya sejauh 94.9 kilometer, jalan kereta api berkembar serta dua pelabuhan yang akan merancakkan lagi ekonomi Thailand.

"Selain itu, lapangan terbang juga turut dinaik taraf," katanya.

Turut berangkat dalam lawatan kerja itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

Menurut kenyataan itu lagi, kali terakhir Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis mengadakan kunjungan ke Ranong adalah pada 2019.

Katanya, Ranong adalah salah satu destinasi dikunjungi secara bergilir antara enam Majlis Agama Islam Wilayah Andaman yang juga rakan strategik MAIPs sejak sedekad lalu.

"Tuanku Raja Muda bertitah seandainya projek itu menjadi realiti, maka Perlis menawarkan kerjasama yang boleh dijalinkan untuk situasi 'menang-menang', terutama dengan kewujudan pelabuhan darat di Padang Besar dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) yang sedang giat dibangunkan sekarang serta cadangan projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis," katanya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Tuanku Dr Lailatul Shahreen turut meluangkan masa meninjau Multi Purpose Pier of Ranong yang terletak menghadap Myanmar yang terletak kira-kira lima kilometer.

Suphot yang baru dilantik sebagai Gabenor tiga bulan lalu, turut mengiringi pasangan diraja itu melawat beberapa lokasi menarik di bandar berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1346881/raja-muda-perlis-berangkat-dengar-taklimat-perancangan-land-bridge





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.470757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list