CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6682|Reply: 0

[Kedah] Lelaki jatuh sungai di Kampung Gerigis ditemui lemas

[Copy link]
Post time 9-1-2025 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki jatuh sungai di Kampung Gerigis ditemui lemas

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 9, 2025 @ 10:18am [email protected]





Mayat lelaki yang terjatuh di Sungai Gerigis, Jalan Datuk Kumbar ditemui anggota PPDA Bomba. - Foto ihsan Bomba





ALOR SETAR: Lelaki dipercayai terjatuh di Jalan Datuk Kumbar, Kampung Gerigis, di sini semalam ditemui lemas.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 6.58 petang semalam.

Beliau berkata, selaman pertama dilakukan pada jam 6.42 petang di lokasi pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


"Operasi disertai pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan dibantu PPDA BBP Jitra serta Sungai Petani ," katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, di sini, semalam.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1346769/lelaki-jatuh-sungai-di-kampung-gerigis-ditemui-lemas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list