CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6756|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tidak lapor kemalangan kepada JKPP, majikan didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 9-1-2025 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Tidak lapor kemalangan kepada JKPP, majikan didenda RM3,000

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 9, 2025 @ 10:04am [email protected]




Gambar hiasan.




BALIK PULAU: Sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan di sini, didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau, semalam kerana tidak melaporkan kemalangan di tempat kerja.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memaklumkan bahawa syarikat berkenaan, Syarikat RT Jaya Sdn Bhd yang tidak diwakili peguam, dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah atas dakwaan itu di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Menurut JKKP, kesalahan terbabit dilakukan mengikut Peraturan 5(1)(a)(aa) Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Kesalahan itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Kenyataan terbabit memaklumkan bahawa majikan berkenaan gagal dengan serta-merta memberitahu pegawai JKKP terdekat dengan segera berhubung kes kemalangan maut yang berlaku ke atas pekerjanya pada 9 Januari 2023.

"Diharap kes berkenaan dapat memberi pengajaran kepada semua majikan dan pekerja supaya patuh kepada undang-undang serta sentiasa diambil berat demi keselamatan pekerja dan kepentingan awam," menurut kenyataan itu lagi.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1346764/tidak-lapor-kemalangan-kepada-jkpp-majikan-didenda-rm3000





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.058853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list