CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6357|Reply: 0

[Kedah] Polis Marin tahan 5 lelaki pindah diesel secara haram di Kuala Kedah

[Copy link]
Post time 10-1-2025 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Polis Marin tahan 5 lelaki pindah diesel secara haram di Kuala Kedah

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Minyak diesel yang dipercayai dipindahkan dari sebuah pelantar di Kampung Sematang Pinang sebelum kawasan itu diserbu PPM Wilayah Satu Langkawi dalam operasi Ops Taring Landai. FOTO IHSAN PPM





Kuala Kedah: Lima lelaki yang sedang memindahkan minyak diesel secara haram di sebuah pelantar di Kampung Sematang Pinang di sini, tidak sempat melarikan diri apabila mereka ditahan sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi kelmarin.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, serbuan dilakukan pada 10 malam Rabu lalu.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperolehi mendapati kelima lelaki itu termasuk seorang daripadanya warga Thailand didapati menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel tanpa permit atau dokumen kebenaran yang sah di lokasi.

"Tangkapan dilakukan menerusi Ops Taring Landai selepas Unit Risikan Marin (URM) menerima maklumat berkaitan kegiatan terbabit dan menjalankan risikan serta pemantauan.


"Modus operandi yang digunakan adalah dengan memindahkan minyak diesel dari satu bot nelayan ke bot nelayan yang lain dan dikumpulkan sebelum disyaki dijual ke Thailand melalui transaksi di tengah laut.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota PPM Kuala Kedah dan dibantu oleh aset bot ronda PPM terus ke tempat kejadian dan membuat pemeriksaan dan tangkapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rudzuan berkata, PPM turut merampas barangan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti terbabit bagi tujuan siasatan.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM845,300.

"Empat lelaki warga tempatan dan seorang lelaki Thailand yang ditahan berusia lingkungan 33 hingga 68 tahun," katanya.

Mohd Rudzuan berkata, kesenua mereka itu kemudiannya diserahkan bersama barang kes kepada Pegawai Penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.



Disiarkan pada: Januari 10, 2025 @ 1:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1174895/polis-marin-tahan-5-lelaki-pindah-diesel-secara-haram-di-kuala-kedah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.034634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list