CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13997|Reply: 0

[Kedah] Lelaki warga emas mati dalam rumah tiada unsur jenayah

[Copy link]
Post time 10-1-2025 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga emas mati dalam rumah tiada unsur jenayah

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Anggota BBP Alor Setar bersama polis ketika melakukan operasi untuk mengeluarkan lelaki warga emas yang meninggal dunia dalam rumah yang terkunci di Taman Serindit, Jalan Langgar. FOTO IHSAN BOMBA




Alor Setar: Penemuan mayat seorang lelaki berusia 68 tahun yang ditemui mati di rumahnya di Taman Serindit, Jalan Langgar dekat sini, petang semalam didapati tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima makluman berkenaan pada 4.03 petang melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar selepas dihubungi jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, jirannya mengesyaki sesuatu mencurigakan selepas mendapati lelaki itu tidak keluar rumah sejak beberapa hari lalu dan mula terhidu bau busuk dari rumah lelaki itu semalam.

"Bimbang sesuatu berlaku, jirannya kemudiannya menghubungi pihak polis dan bomba untuk mendapatkan bantuan.

"Teka-teki bau busuk terjawab apabila pihak polis mendapati lelaki itu ditemui mati dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat jirannya, lelaki warga emas itu masih bujang dan tinggal berseorangan di rumah terbabit malah kebiasaannya dia akan keluar setiap pagi untuk membeli sarapan.

"Si mati juga dikatakan gemar menyendiri dan kurang bergaul dengan kejiranan, malah difahamkan sering menerima rawatan di hospital berdekatan berkenaan penyakit darah tinggi dan kencing manis yang dihidapi.

"Siasatan lanjut pihak polis di tempat kejadian tidak mengesan sebarang unsur jenayah untuk dikaitkan dengan kematian si mati," katanya.

Siti Nor Salawati berkata, mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Disiarkan pada: Januari 10, 2025 @ 12:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1174883/lelaki-warga-emas-mati-dalam-rumah-tiada-unsur-jenayah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.264141 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list