CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13567|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reman suami isteri proses air ketum disambung 2 hari lagi

[Copy link]
Post time 10-1-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Reman suami isteri proses air ketum disambung 2 hari lagi

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan pemprosesan air daun ketum dibawa ke Kompleks Mahkamah Balik Pulau, di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Balik Pulau: Perintah reman terhadap pasangan suami isteri disyaki terbabit dengan pemprosesan air daun ketum di Bayan Lepas dekat sini, dilanjutkan selama dua hari lagi.

Majistret Chia Huey Ting membenarkan reman kedua-dua suspek yang berusia 37 dan 35 tahun itu dilanjutkan bermula esok hingga Ahad.

Sebelum ini media melaporkan pasangan itu direman selama empat hari berakhir hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan mengenai penahanan lelaki berkenaan bersama isteri keduanya itu di sebuah rumah teres dekat Lintang Bayan 6, Bayan Lepas.

Rumah yang disewa itu dipercayai dijadikan lokasi pemprosesan air ketum susulan penemuan peralatan masak dan 600 bungkusan air ketum.

Turut ditemukan adalah sebanyak 71 senjata berbahaya seperti kerambit, keris, pedang samurai dan 'machine gun' tiruan serta beberapa jam tangan berjenama di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.



Disiarkan pada: Januari 10, 2025 @ 4:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1174953/reman-suami-isteri-proses-air-ketum-disambung-2-hari-lagi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.363779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list