
Penolong Kanan SJK Chung Hua No 5 Kuching, Liew Nyiet Jin (kiri) dan ahli mengalu-alukan semua orang awam untuk menderma sisa buangan mereka kepada sekolah dari 18 hingga 26 Januari.
KUCHING: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No 5 Kuching akan menganjurkan aktiviti e-sisa pertamanya pada 18 hingga 26 Januari ini di perkarangan sekolah tersebut.
Terbuka kepada orang awam dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, objektif aktiviti itu adalah untuk menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk membuang sisa elektronik dengan selamat.
Antara e-sisa yang akan dikumpul pada aktiviti itu komputer, pencetak, telefon bimbit, kabel, wayar, bateri li-on, peralatan elektronik dapur, televisyen dan lain-lain peralatan elektrik dan elektronik lama dan usang.
Selain itu orang ramai juga boleh menderma surat khabar lama, botol plastic dan produk kitar semula yang lain.
Hasil jualan kutipan e-sisa dan pakaian terpakai akan didermakan kepada badan amal dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Wendy Tan di talian 019-818 2244.
|