
BAHARU: Masalah tanda kawasan parkir OKU yang pudar kini sudah diatasi.
SANDAKAN: Ketua Masyarakat Cina Karamunting, Kapitan John Voon menghargai tindakan pantas pihak berwajib yang mengambil maklum aduan-aduan yang disampaikan.
Baru-baru ini, John mendapati tanda jalan pada petak letak kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasar Taman Mawar telah pudar dan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
"Pada 14 Januari lalu, pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah melakukan kerja pembaikan dengan mengecat semula petak parkir berkenaan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MPS yang mengambil maklum aduan ini," katanya.
DISELENGGARA: Lurang kumbahan yang tersumbat segera diatasi pihak JPPS.
Sementara itu, John turut menghargai usaha Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) yang segera mengatasi masalah lurang kumbahan yang tersumbat di Blok B, Hsiang Garden.
Katanya, aduan berkenaan telah dimaklumkan kepada JPPS pada 9 Januari lepas.
|