View: 2127|Reply: 6
|
Televisyen 75 tahun dijual RM82,95
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by liza_shariza at 21-4-2011 13:49
SET televisyen berusia 75 tahun disimpan di Rumah Lelongan Bonhams, tengah London sebelum ia dilelong kelmarin.
LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang masih berfungsi dengan baik dijual dalam satu lelongan pada harga £16,800 (RM82,95) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga ramalan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Set televisyen elektronik jenama Marconi 702 itu yang berharga £99.15 (RM490) dibeli oleh seorang lelaki, G. B. Davis tiga minggu selepas siaran televisyen pertama di Britain dipancarkan di sini, pada tahun 1936.
Ia kini menjadi milik seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia membelinya dalam satu lelongan anjuran Rumah Lelongan Bonhams di sini kelmarin.
"Saya pernah mengendalikan lelongan 38 buah televisyen lama sebelum ini dan ini adalah yang terbaik dan ia datang bersama invois asal," kata seorang pakar Bonhams, Laurence FisherSet televisyen berusia 75 tahun itu yang dijual oleh keluarga pemilik asalnya memiliki skrin bersaiz 30.48 sentimeter dan berada dalam kotak kayu. |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tulih hargo laen.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cekik TT nih...ingat 82 Ringgit....aku nak beli tadi..... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
sori...sori.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mesin jahit singer yg lama tu klu jual pun laku tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|