CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21155|Reply: 0

[Sarawak] Tiong puji respons pantas JBPM dan agensi berkaitan bantu mangsa banjir di Bintulu

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-2-2025 03:48 PM



Tiong semasa menghadiri taklimat khas mengenai situasi banjir di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Tiong King Sing memuji tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi berkaitan lain dalam memberikan respons kepada mangsa banjir di Bintulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, semua mangsa banjir yang terjejas teruk dapat dipindahkan dengan pantas dan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

"Secara keseluruhan, kerjasama dan dedikasi JBPM termasuk sokongan daripada pelbagai pihak telah memainkan peranan penting dalam usaha menyelamat dan pemulihan semasa banjir yang melanda bahagian ini beberapa hari lepas," ujarnya semasa menghadiri taklimat khas mengenai situasi banjir di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bintulu hari ini.

Menurutnya, antara perbincangan penting yang turut diadakan ialah berkaitan langkah-langkah mitigasi yang sedang dan akan diambil bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk yang terjejas serta sumber bantuan yang dapat disalurkan kepada mereka.

"Apa yang penting ialah bantuan sewajarnya harus disalurkan kepada semua mangsa yang terjejas banjir supaya membantu mereka meneruskan serta memulihkan semula hidup mereka selepas dilanda banjir besar ini," jelas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua JBPM Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad turut membentangkan kepada Tiong mengenai peranan JBPM menghadapi bencana banjir di Bintulu pada tahun ini.

Pada masa sama, JBPM menunjukkan komitmen tinggi melalui beberapa inisiatif penting yang mana keanggotaan yang mencukupi telah memastikan operasi menyelamat dapat dijalankan dengan efisien.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.081311 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list