![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250102/ubowebfiller1.jpg)
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250131/myy-ub310125-sn-rumahpekerjahangus-p1.jpg)
Api marak memusnahkan rumah pekerja Amazing Green di Tinjar, Long Loyang pagi ini.
MIRI: Rumah pekerja lapan pintu di Kuarters Fasa 3, Ladang Estet Amazing Green di Tinjar, Long Loyang ranap dalam kebakaran awal pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memberitahu, laporan diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng pada jam 7.40 pagi.
Laporan turut memberitahu, laluan ke tempat kejadian yang sejauh 153 kilometer dari Miri bagaimanapun terputus.
Pemanggil memaklumkan kebakaran melibatkan rumah pekerja lapan pintu yang terbakar seratus peratus.
Tiada mangsa dilaporkan maut atau cedera dalam kebakaran tersebut.
|