CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5827|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tarik perhatian pelabur antarabangsa

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode
  • Kumpulan Pelaburan Capricorn, syarikat pelaburan dari AS turut menunjukkan minat dengan visi agresif Premier Sarawak terhadap tindakan iklim



Timothy (tiga kiri) merakam kenangan bersama Abang Johari (tiga kanan) semasa kunjungan delegasinya ke Wisma Bapa hari ini.

KUCHING:Sarawak terus menarik perhatian pelabur antarabangsa untuk meneroka peluang kerjasama strategik terutama dalam sektor tenaga diperbaharui dan teknologi.

Terbaru, Kumpulan Pelaburan Capricorn, syarikat pelaburan dari Amerika Syarikat turut menunjukkan minat dengan visi agresif Premier Sarawak terhadap tindakan iklim, sekali gus menjadikan pertemuan ini sebagai langkah awal dalam potensi kerjasama jangka panjang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sarawak Timothy Ong, semasa pertemuan itu kedua-dua pihak membincangkan bagaimana Capricorn dapat menyokong perkembangan Sarawak dalam sektor tenaga baharu, bateri dan industri luar angkasa.

“Capricorn bukanlah nama asing dalam dunia pelaburan teknologi. Mereka sebelum ini merupakan antara pelabur awal dalam syarikat gergasi seperti Tesla dan SpaceX.

“Dengan pengalaman luas dalam bidang inovasi, mereka melihat Sarawak sebagai destinasi strategik untuk pelaburan berkaitan tenaga hijau dan teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke pejabat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Turut serta dalam kunjungan tersebut wakil daripada Kumpulan Pelaburan Capricorn.

Tambah Timothy, Abang Johari juga menyambut baik kehadiran dan idea yang dibawa oleh Capricorn.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pembangunan pelan tindakan kesejahteraan, tenaga baharu serta potensi kerjasama dalam sektor semikonduktor dan taman digital di Sarawak.

Premier Sarawak turut mengarahkan satu mesyuarat susulan diadakan bagi memperincikan bentuk kolaboratif yang boleh diwujudkan bersama Kumpulan Pelaburan Capricorn.

Dalam perkembangan berkaitan, Timothy menjelaskan bahawa Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat tenaga utama negara selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa negeri ini bakal menjadi hab tenaga Malaysia.

“Usaha untuk mewujudkan kawasan ekonomi khas bagi sektor digital dan teknologi juga sedang giat dilakukan.

"Setakat ini, Samarahan Digital Village di Sama Jaya telah menjadi antara hab utama pembangunan teknologi di Sarawak,” tambahnya.

Pertemuan itu katanya, menandakan langkah awal yang positif dalam menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa ke Sarawak, seiring dengan aspirasi negeri untuk menjadi hab utama tenaga hijau dan teknologi di rantau ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.126844 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list