CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

Memang mengusik jiwa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Persembahan diteruskan walaupun pelbagai halangan dihadapi produksiPOSTER sudah dinaikkan, hebahan juga sudah dibuat, namun kepincangan dalam persediaan pementasan Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an kian meruncing tatkala tarikh persembahan berbaki kira-kira seminggu saja lagi.\n\n\n\nMana tidaknya, daripada masalah penjualan tiket sehinggalah kepada pelakon yang menarik diri pada saat akhir dan ada yang disingkir, semuanya terpaksa dihadapi produksi muzikal ini.\n\n\n\n\nBagi pasukan produksi, pementasan perlu diteruskan walaupun terpaksa berdepan pelbagai masalah, apatah lagi sesi latihan dikatakan sudah 80 peratus dilakukan. Pengarahnya, Lokman Ghani, turut memberi jaminan pementasan penuh cabaran itu akan tetap menyajikan persembahan terbaik bagi mengimbau kembali nostalgia era 60-an.Malah, 24 buah lagu popular era terbabit akan diperdengarkan kepada penonton, dengan alunan suara penyanyi asalnya yang di bawa ke pentas Istana Budaya bermula 27 Mei.“Memang tidak dinafikan pelbagai dugaan terpaksa kami hadapi, yang saya anggap sebagai cabaran dalam menjayakan pementasan ini.“Setakat ini persiapan berjalan lancar dan saya berpuas hati dengan latihan diadakan. Baki 20 peratus lagi akan diadakan di atas pentas sebenar, dengan prop yang direka khas, yang diharap dapat menaikkan lagi mood pelakon,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan muzikal itu baru-baru ini.\n\n\n\nPersembahan selama dua jam itu akan menampilkan dua segmen, iaitu segmen di kolej dan segmen fun fair.Setiap babak yang dilakonkan akan menyelitkan penyanyi era 60-an seperti Datuk Ahmad Jais, L Ramli, A Rahman Onn, Fatimah M Amin, A Halim, Hussein Ismail, J Sham dan A Rozaimi.“Saya bimbang juga, kalau penonton akan beranggapan pertunjukan ini sebagai konsert. Sebenarnya ia sebuah muzikal dengan jalan cerita mengenai perjalanan zaman 60-an,” katanya.Terkilan sikap sesetengah artisMESKIPUN baru kali pertama menceburkan diri dalam pementasan sebegini, namun sebahagian besar artis yang menjayakan sesi latihan dilihat berkeyakinan dan komited terhadap projek terbabit, jika dibandingkan dengan beberapa artis lebih senior yang menarik diri pada saat akhir.Terkilan dengan sikap segelintir artis terbabit, Lokman tetap yakin muzikal arahannya itu akan mendapat tempat di hati penonton.“Pada mulanya memang tiket pementasan ini kurang mendapat sambutan, tetapi kini penjualannya semakin menggalakkan. Saya pasti, semakin dekat dengan hari persembahan, semakin ramai yang teringin menontonnya.“Ketika yang sama saya sangat kecewa dengan sikap pelakon yang menarik diri pada saat akhir. Begitupun, saya tak boleh halang jika mereka ada komitmen lain. Terpaksalah mencari pengganti,” katanya.Ifa Raziah menarik diri kerana dikatakan terbabit dengan komitmen lain dan kini digantikan dengan Liza Abdullah, manakala Gambit pula dikatakan tidak mampu menjiwai watak yang diberikan dengan berkesan hingga terpaksa digugurkan daripada muzikal itu. Dia digantikan dengan Arja Lee. Terbaru, Sohaimi Mior Hassan turut mengundurkan diri.Sohaimi dikhabarkan mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, namun sikap sambil lewa penyanyi yang terkenal dengan lagu Kalau Berpacaran itu dikatakan berlaku sejak sebulan lalu.“Saya tak kisah pelakon nak datang lambat, tetapi perlu beri komitmen. Ada juga pelakon yang datang sekali-sekala saja masa sesi latihan. Saya faham mereka ada komitmen lain sebab itu saya bagi kelonggaran.“Sohaimi pula tarik diri sebab mak dia sakit. Masa saya tawarkan kepadanya, dia cakap boleh menyanyi dan berlakon, tetapi bulan lalu, dia bagi tahu boleh menyanyi saja. Kini, dia tarik diri pula. “Manakala Ifa Raziah, masa mula-mula dulu cakap tak ada komitmen lain, jadi dia boleh tumpukan pada muzikal ini. Tiba-tiba tarik diri sebab ada komitmen lain pula,” katanya kecewa.Tempat Sohaimi bagaimanapun digantikan dengan Latiff Ibrahim, yang dianggap mampu membawakan watak terbabit kerana artis veteran itu pernah berlakon dalam muzikal Terima Kasih Cinta baru-baru ini.Meskipun dihimpit pelbagai masalah, namun Lokman mahu melihat pementasan terbabit berjaya dan membawakan penonton ke zaman kegemilangan era 60-an. Lebih menarik, pementasan itu akan turut diiringi kugiran The Rhythm 60’s dan The Wanderers di bawah pimpinan Rosli Abu Bakar.Sohaimi perlu jaga ibuSOHAIMI yang ditemui pada sesi uji bakat Kilauan Emas di Kuantan beberapa hari lalu menjelaskan, dia terpaksa menarik diri kerana terpaksa menjaga ibunya yang sakit.“Saya bukan sengaja tarik diri, sebaliknya kerana mak saya sakit teruk sejak awal bulan ini. Saya perlu menjaganya, jadi saya tak boleh nak berikan komitmen pada muzikal ini. Bukan kerana ada masalah dengan artis atau produksi terbabit, tetapi memang mak saya sakit dan kini saya dengan kakak bergilir-gilir menjaganya,” kata Sohaimi.Memandangkan tempoh pementasan itu agak panjang, dia terpaksa mengambil keputusan berkenaan kerana mahu memberikan perhatian kepada ibunya yang berusia 87 tahun itu.Penyanyi ini juga menolak dakwaan mengatakan dia sedia untuk berlakon dan menyanyi dalam muzikal itu.“Saya tak pernah cakap saya nak berlakon dalam muzikal itu, saya cuma nak menyanyi saja. Tetapi, disebabkan faktor kesihatan mak, saya terpaksa tolak. Saya terima tawaran itupun sebab saya yakin saya boleh buat dan tertarik dengan jalan ceritanya, tetapi bila sudah jadi macam ini saya tak boleh elak,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.746120 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list