CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

Usah terlalu memilih

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Usah terlalu memilihOleh Hanisah Selamat (yang membuat liputan filem Priest di Los Angeles, baru-baru ini)[email protected]/05/19\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nBintang Priest anggap semua watak penting\"BERLAKON membolehkan saya berpeluang menjadi individu lain, malah paling penting membuatkan saya berasa sentiasa muda,” seloroh aktor Inggeris, Paul Bettany, sebaik diminta berkongsi cintanya terhadap bidang yang diteroka sejak berusia 19 tahun.\n\n\n\nPelakon yang bakal menyambut ulang tahun ke-40 tahun pada 27 Mei ini antara tunjang utama filem aksi seram, Priest, yang menemui khalayak di pawagam seluruh negara sejak 12 Mei lalu. Filem terbabit turut dibintangi Karl Urban, Cam Gigandet, Maggie Q dan Lily Collins.\n\n\n\n\nAkui bintang tinggi lampai yang dipertanggungjawabkan membawakan watak Priest itu, lakonan umpama makanan harian, malah untuk mengubah selera, dia gemar mencuba peranan berbeza demi kepuasan diri sekali pun sekadar watak sampingan.Enggan meletakkan diri sebagai aktor kelas A, dedah Paul yang lebih dulu melengkapkan diri dengan ilmu lakonan di sekolah drama selain menyinar di pementasan West End, sikap terlalu memilih watak boleh ‘mematikan’ seseorang pelakon.“Aktor atau aktres yang baik perlu menghidupkan sesuatu peranan, bukannya menganggap watak ditawarkan tidak mencabar. Kitalah yang seharusnya membuatkan watak itu lebih bernyawa tidak kira ia sekecil mana pun. Itulah tanggungjawab sebenar pelakon.“Seperti kisah Priest ini. Barangkali jika belum menontonnya, orang memberi tanggapan ia tidak ubah seperti kisah seram lain. Hakikatnya setiap watak dan perwatakan mempunyai keunikan tersendiri, begitu juga kronologi plot,” katanya ketika sesi temu bual bersama wakil media dari beberapa negara yang diterbangkan khas ke Beverly Hills.\n\n\n\nBersama susuk tinggi lampai dan senyuman mesra, semua mata ‘menangkap’ kehadiran bintang The Da Vinci Code itu sebaik saja dia melangkah masuk ke bilik temu bual malah ramah bibirnya menanyakan asal setiap wakil media melihatkan aneka warna kulit duduk di dalam ruang kecil itu.Nyata Paul masih kekal dengan sifat lelaki Inggeris yang budiman serta begitu menghormati tetamu sekali pun dikatakan sudah berhijrah ke Hollywood dek faktor kesibukan dirinya yang tidak pernah putus mendapat tawaran berlakon.Hampir patah tangan jaya babak aksiWALAUPUN di dalam filem Priest wataknya digambarkan serius, tidak pernah senyum selain tegas, di luar dia begitu ramah berbicara malah setiap ceritanya diselit jenaka membuatkan tempoh 20 minit yang diberi terpaksa dipanjangkan hingga setengah jam.Tanpa melengahkan masa, Paul tidak lokek berkongsi pengalamannya berlakon sekali lagi di bawah arahan Scott Stewart yang mengangkat kisah pemburuan sekumpulan pontianak jadian daripada novel grafik popular nukilan Hyung Min-woo.Katanya, mereka pernah bekerjasama dalam filem Legion kira-kira dua tahun lalu dan apabila dikatakan bakal digandingkan semula dengan Scott, dia tidak berfikir panjang walau pun menyedari filem sebegini mencabar fizikal dan mentalnya.“Semakin orang kata sesuatu watak itu tidak mungkin boleh saya bawakan, semakin kuat hasrat saya mahu mencubanya. Dalam Priest pula, banyak aksi lasak yang memerlukan kemantapan stamina seperti babak pertarungan, adegan bermotosikal dan sebagainya. Biar punya pelagak ngeri, kami masih selesa menjayakan sendiri aksi terbabit.“Cuma tangan saya nyaris patah ketika berlawan dengan Black Hat di atas kereta api yang sedang bergerak. Memang wayar keselamatan berselirat di badan kami, cuma kadangkala kita tidak boleh menjangkakan perkara tidak elok, begitu juga tatkala menarik tangan Lucy, lengannya lebam kerana saya menggenggam terlalu kuat,” katanya lagi.Memperbanyakkan senaman selain menjaga pemakanan, akui anak pasangan guru teater dan penari itu, ketangkasan pergerakan juga perlu dimantapkan malah rahsianya jangan culas menjalani latihan yang ditetapkan sebelum penggambaran bermula.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.277909 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list