View: 266|Reply: 0
|
Cara merakyatkan orkestra
[Copy link]
|
|
Program realiti baru papar pelajar sekolah main muzik di lokasi tumpuan ramaiSIAPA yang tidak kagum melihat kemunculan hampir 80 pelajar sekolah dengan membawa peralatan muzik masing-masing berlegar di sekitar ibu negara. \rMereka mengadakan persembahan secara percuma menghiburkan orang ramai di hadapan kompleks beli-belah yang menjadi tumpuan warga kota. \r\n\n\n\n\rSemua itu dapat disaksikan apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyemarakkan lagi industri penyiaran negara dengan melahirkan sebuah program realiti berjudul Refleksi Orkestra.\r\r\n\n\n\n\nIa diterbitkan sempena sambutan ke-50 tahun penubuhan Orkestra RTM, dengan matlamat utama untuk merakyatkan muzik berkenaan. \rPenerbit Penyelaras program itu, Shahri Saripan berkata, kini tibalah masanya muzik orkestra tidak lagi menjadi muzik yang digeruni, sebaliknya lebih mudah didekati masyarakat.\r“Program ini bukan saja ingin menggalakkan generasi baru mendekati muzik yang dianggap berprestij itu sehingga ramai yang gerun mendekatinya.\r“Biasanya orkestra ditontoni oleh golongan peringkat atasan, dan peminat muzik orkestra ini akan mencari di mana persembahan orkestra berlangsung.\r\n\n\n\n\r“Kini menerusi program ini, kita cuba mendekati masyarakat daripada pelbagai peringkat usia, kedudukan, bangsa dan kepercayaan untuk menyintai muzik orkestra,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton program itu di Bangsar, baru-baru ini.\rProgram Refleksi Orkestra sebanyak lapan episod sudah pun memulakan siarannya bermula 15 Mei lalu, pada setiap Ahad, jam 1 tengah hari di saluran iTV (Astro 180), manakala siaran ulangannya pada setiap Rabu, jam 9 malam.\r“Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, yang memilih lima sekolah berasrama terbaik, yang memiliki kumpulan orkestra untuk dipaparkan dalam rancangan berkenaan.\r“Lima episod pertama akan menyaksikan setiap sekolah mengadakan persembahan secara spontan dan terbuka di hadapan pengunjung yang berada di kompleks beli-belah terkemuka di ibu kota.\r“Antara sekolah yang mengikuti program ini termasuk Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dengan mengadakan persembahan di Berjaya Times Square, Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras (Pavilion), Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (KL Sentral), sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (Taman Tema Sunway Lagoon) dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban (Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang),” katanya yang turut dibantu dua penerbit iaitu Hanif Ahmad dan Khairil Razi.\rPada setiap persembahan mereka, artis popular tanah air turut diundang untuk bergandingan bersama kumpulan orkestra terbabit. Antara artis yang menjayakan program ini ialah Farawahida, Alyah dan Farah Anwar.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|