WASHINGTON: Pengasas Apple, Steve Jobs meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif (CEO) hari ini selepas sekian lama tercetus spekulasi dia akan berundur berikutan penyakit kanser yang dihidapinya.
Dalam satu kenyataan bertulis, Apple, yang kini muncul syarikat kedua paling bernilai di pasaran dunia, mengumumkan Ketua Bahagian Jualan dan Operasi, Tim Cook akan mengambil alih jawatan CEO.
Bagaimanapun, Jobs terus kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Apple. “Kepimpinan dan visi Steve yang mengagumkan menyelamatkan Apple sehingga memastikan syarikat berada dalam kedudukan kukuh dan inovatif sebagai syarikat berasaskan teknologi terunggul di dunia,” kata ahli lembaga pengarah, Art Levinson dalam satu kenyataan.
“Lembaga Pengarah juga amat yakin dengan Tim sebagai orang paling tepat untuk menjadi CEO kami selepas ini,” katanya.
Tiada sebarang sebab diberikan mengapa Job meletakkan jawatannya tetapi ia berkaitan masalah kesihatan termasuk mengambil cuti sakit yang panjang bagi melakukan pemindahan hati pada 2009. Malah, kebelakangan ini beliau jarang kelihatan di majlis umum sehingga timbul spekulasi dia bakal meninggalkan syarikat yang dipimpinnnya sejak 1976 itu. – AFP
ZON BEBAS: Berita Steve Jobs meletak jawatan ini sangat mengejutkan kami kerana boleh kami katakan Steve Jobs adalah tulang belakang terhadap kemajuan Apple dan produk-produknya.
|