CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

The Malay Dilemma versi baru

[Copy link]
Post time 15-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bercadang menulis semula buku The Malay Dilemma karyanya yang menganalisis sejarah dan politik orang Melayu ketika itu sehingga mengundang kontroversi, lalu mengakibatkan ia diharamkan sebaik diterbitkan pada 1970.\r“Saya sudah mula melihat semula kandungan buku ini. Banyak perkara sudah berubah dan mungkin ada perkara yang ditulis dalam Malay Dilemma sudah tidak lagi relevan pada masa ini. Versi baru buku berkenaan akan memuatkan pandangan yang lebih relevan dengan situasi semasa,” katanya selepas melancarkan versi elektronik memoirnya, A Doctor in the House yang diadakan bersempena Karnival MPH di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.\r\n\n\n\n\rBuku yang dianggap mengkritik masyarakat Melayu secara keterlaluan ketika itu, turut diterjemahkan ke bahasa Melayu, Dilema Melayu, ditulis sebaik saja Dr Mahathir tewas dalam Pilihan Raya Umum 1969, turut mengakibatkan beliau dipecat daripada UMNO dan pengharamannya ditarik balik sebaik beliau dilantik Perdana Menteri pada 1981.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, Dr Mahathir mengesahkan penghasilan versi baru The Malay Dilemma akan mengambil masa berdasarkan pengalamannya menghasilkan A Doctor in The House yang memakan masa selama lapan tahun, tetapi tempoh itu berbaloi memandangkan ia turut segera diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Mandarin.\rKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MPH, Datuk Ng Tieh Chuan, berkata versi elektronik A Doctor in the House adalah sebahagian daripada 250,000 judul buku yang boleh didapati dalam portal e-buku MPH Online dan boleh dicapai di alamat www.mphonline.com.\r“Ketika A Doctor in The House mula diterbitkan pada awal tahun lalu, ia menjadi buku paling laris dan kekal pada kedudukan itu selama beberapa minggu. Berdasarkan permintaan tinggi buku dari luar negara dan pendigitalan buku, adalah penting untuk mewujudkan versi elektronik buku ini supaya ia dapat dikongsi dengan lebih ramai pembaca,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056339 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list