CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

MSU tawar program reka bentuk grafik

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
REKA BENTUK grafik merupakan antara bidang pekerjaan yang berkembang pesat terutamanya dari segi permintaan dan menunjukkan pertumbuhan positif sejajar dengan perkembangan semasa ekonomi negara.\rBidang senireka grafik merujuk kepada proses kreatif dalam menyampaikan maksud tertentu kepada golongan sasaran dengan menfokuskan kepada pengunaan komunikasi seni visual yang efektif sebagai medium persembahan.\r\n\n\n\n\rPenggunaan ilmu senireka grafik termasuklah dalam penghasilan identiti (logo, jenama), laman sesawang, penerbitan (filem, majalah, surat khabar dan buku). Contohnya, sesuatu produk dalam kombinasi pakej seperti logo, teks, bentuk, warna, susunan dan sebagai.\r\r\n\n\n\n\nTugas untuk mengkomposisi item-item tersebut kepada bentuk yang ideal dan kreatif ialah tanggungjawab seorang pereka grafik.\rAntara bidang pengkhususan kerja yang boleh diceburi oleh lepasan senireka grafik ialah sebagai Pengarah Seni/Kreatif, Layout Artist, Brand Identity Design, Pereka Logo, Pereka Flash, Illustrator, Photo Editing / Photoshop Artist, Pereka Multimedia, Jurufoto, Web Designer etc.\rOleh kerana bidang berkenaan mempunyai potensi cerah dan peluang kerjaya terbuka, Management & Science University (MSU) menawarkan kursus tersebut dengan menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee.\rPelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajaran kondusif memberi bonus kepada pelajar.\r\n\n\n\rMSU menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang berkenaan dengan kelayakan minimum digariskan institusi melalui Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE).\rSelain bidang rekabentuk grafik, FISE turut menawarkan program pengajian peringkat diploma dan ijazah dalam bidang pengkhususan seperti Computer Science, Information and Communication Technology, Computer Engineering, Business Computing, Information Systems Auditing, Games Design and Animation, Technology (Electrical and Electronic), Instructional Multimedia, Mobile & Wireless Technology, Communication Design and Marketing, Creative Multimedia, Media Science dan sebagainya yang relevan dengan keperluan semasa industri.\rUntuk mendapatkan maklumat lanjut program reka bentuk grafik dan program lain yang ditawarkan di MSU, sila hubungi 03-5521 6868 atau lawati laman sesawang www.msu.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOMSU  nama  e-mel dan hantar ke 019-341 9152/016-356 8251 atau 012-249 6551

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.058755 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list