CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

ISEP MSU bantu pelajar sambung pengajian ke Australia

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DUA pelajar Management & Science University (MSU) ditawarkan menyambung pengajian di La Trobe University (LTU), Melbourne, Australia melalui program Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP) – MSU, baru-baru ini.\rDua pelajar berkenaan, Eiffa Assyadea Mohd Razali, 22, dari Terengganu dan Felicity Anai Anak Michael Mulok, 22, dari Sarawak.\r\n\n\n\n\rEiffa Assyadea kini meneruskan pengajian tahun akhir di LTU dalam bidang perakaunan, Faculty of Law & Management. Beliau sebelum ini mengikuti program pengajian Bachelor in Accountancy di MSU manakala Felicity Anai pula menghabiskan tahun akhir pengajiannya dalam bidang Information Technology di university sama.\r\r\n\n\n\n\nEiffa Assyadea berkata, peluang setahun belajar dalam suasana dan cabaran berbeza banyak membentuk dan membantu dirinya dari segi penyesuaian pembelajaran.\rBeliau terharu dan menyifatkan dirinya ialah individu bertuah kerana diberikan peluang oleh MSU untuk menyambung pengajian di university berkenaan.\r“Kehadiran saya di university itu akan digunakan untuk menimba sebanyak ilmu dan pengalaman baru. Kesempatan yang diberikan MSU melalui Unit Pertukaran Pelajar Antarabangsa ya atau dikenali sebagai ISEP tidak akan dipersiasiakan,” katanya.\rPendapat Eiffa Assyadea disokong rakannya Felicity Anai yang menekankan bahawa peluang yang diperoleh itu amat istimewa serta berterima kasih kepada MSU khusus Unit ISEP.]\r\n\n\n\r“Peranan unit ini dalam membantu memberikan khidmat nasihat dalam pemilihan universiti untuk melanjutkan pengajian adalah amat dihargai,” katanya.\rPelajar Bachelor in Computer Science di MSU itu kini menduduki tahun akhir pengajiannya. Semua itu merupakan azimat berharga untuk beliau melakukan yang terbaik.\rKedua-dua mereka juga merakamkan penghargaan kepada penaja iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana tanpa tajaan mungkin sukar untuk kami merealisasikan cita-cita menyambung pengajian ke luar negara.\rLa Trobe University yang terletak di bandaraya Melbourne merupakan rakan universiti MSU melalui ISEP. Sehingga kini MSU mempunyai lebih daripada empat puluh universiti luar negara sebagai pilhan pelajarnya yang berminat menyambung pengajian mereka di peringkat antarabangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075340 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list