CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

FAM ada sebab jangka panjang

[Copy link]
Post time 18-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEHADIRAN skuad Singapura Lions XII tidak akan memberi tekanan kepada pasukan negeri yang akan memulakan saingan Liga Super 2012, bulan depan.Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim percaya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai sebarang niat untuk memberi tekanan kepada pasukan negeri, sebaliknya ada perancangan besar untuk meningkatkan mutu bola sepak negara dalam jangka panjang.\n\n\n\n   Perkara ini bukan perkara baru kerana mereka pernah menyertai liga bola sepak kita beberapa tahun dulu. Oleh itu, saya minta pasukan negeri dan penyokong supaya bertenang dan tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada FAM.\n\n\n\n\n\n  “Mereka (FAM) sudah tentu mempunyai sebab tersendiri memberi layanan lebih sedikit kepada mereka (Singapura),” katanya selepas Anugerah Belia Cemerlang (ABC) daerah Pontian, semalam.Razali berkata, tidak timbul soal tidak adil kerana kementerian dan FAM sentiasa memberi sokongan kepada 11 lagi pasukan negeri dan kelab yang bertanding dalam Liga Super.“Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan.“Justeru kita perlu terima baik kehadiran mereka. Malah skuad negara juga turut mendapat manfaatnya kerana skuad Harimau Muda A yang baru saja memenangi pingat emas Sukan SEA baru-baru ini, dibenarkan bertanding dalam Liga-S tahun depan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061875 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list