CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

PESTANS kecewa gelagat PSM

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Masih belum lulus  permohonan  jadi ahli gabungan  sejak Jun lalu\rPERSATUAN Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) terkilan dengan gelagat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih belum meluluskan permohonan untuk menjadi ahli gabungan badan induk itu yang sudah dikemukakan sejak Jun lalu.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden PESTANS, Zambry Fareed berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan itu di Pejabat PSM di Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat, tetapi hingga hari ini badan induk itu belum memberi sebarang keputusan.\r\r\n\n\n\n\n  “Namun, apa yang musykil jika kami belum menjadi ahli gabungan, mengapa penyertaan kami dalam Kejohanan Piala Presiden PSM diterima,” katanya.\rZambry berkata, pihaknya hanya menyedari PESTANS masih belum menjadi ahli gabungan selepas Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail memintanya keluar ketika menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PSM, Sabtu lalu.\r“Saya akui tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri mesyuarat itu, tetapi menerima jemputan menerusi laman sosial Facebook. Tetapi, saya agak terkilan dengan cara saya diminta keluar, malah beberapa ahli Majlis Tertinggi PSM juga menyuarakan kekesalan dengan tindakan itu.\r“Apa pun, saya menegaskan penyertaan PESTANS sebagai ahli gabungan PSM adalah untuk membantu PSM membangunkan serta memajukan permainan tradisi ini, apa lagi, ketika ia berada dalam kemerosotan yang menuntut semua pihak bersatu memulih dan mengangkat martabat permainan ini semula.   \r\n\n\n\r“Malah, komitmen kami sudah terbukti dengan menghantar banyak regu menyertai pelbagai kejohanan termasuk anjuran PSM dengan pembiayaan sendiri,” katanya.\rZambry berkata, PESTANS adalah persatuan sepak takraw yang baru dihidupkan di Negeri Sembilan selepas persatuan lama sebelum ini tidak aktif sejak empat tahun lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.557040 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list