CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Puisi 'melanda' Kuala Kubu Bharu

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Persembahan santai di kelilingi suasana hijau\rBERLATARKAN Banjaran Titiwangsa dengan angin sepoi-sepoi bahasa, Sepetang Puisi dan Citra Budaya di Galeri Seni Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, baru-baru ini, mengungkapkan acara baca puisi yang sederhana, tetapi mengusik perasaan.\r\n\n\n\n\rMasakan tidak, suara penyair dan anak tempatan berkumandang di galeri yang dulunya kuarters kerajaan itu jauh daripada hiruk-pikuk kota, sekali gus menimbulkan kesyahduan terhadap alam yang lestari.\r\r\n\n\n\n\nPuisi yang menyuguh rasa bangga terhadap pekan kecil Kuala Kubu dan perkampungan sekitar di daerah Hulu Selangor bersilih ganti dengan karya patriotik dan politik yang membuktikan dunia terasing itu tidak pernah melupakan isu nasional.\rPengawas Bandaran, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Kamaruddin Harun, membacakan puisi Kuala Kubu Bharuku Sayang karya Prof Madya Dr Mohd Rosli Saludin yang menyelongkar keindahan dan kelestarian alamnya.\rDengan pelbagai gaya termasuk membaca sambil mencangkung di perdu pokok, beliau berkongsi kepayahan moyang mereka meneroka Kuala Kubu Bharu, sekali gus mengharapkan generasi baru untuk tidak meminggirkan sejarah, adab dan budaya mereka.\rWalaupun rumput mati terlapah\r\n\n\nakarnya tidak mahu tenggelam\rwalaupun laut menjadi marah\rsemangat berbudaya janganlah padam.\rAngkut-angkut terbang ke langit\rterbang ke langit pada malam kelam\rwalau terlangkup bumi dan langit\rkasihkan Kuala Kubu tak akan padam.\rPenyair Persatuan Seni dan Sastera Malaysia (SESAMA), Mohd Rous Din, tidak ketinggalan mengungkapkan kesederhanaan Kuala Kubu dengan sungai yang jernih dan pekan yang tenang lewat puisinya, Di Kuala Kubu Ini.\rMalah, kelestarian alam di daerah berhampiran Bukit Fraser itu, turut menarik naluri kepenyairan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman atau lebih dikenali sebagai SM Zakir, yang membacakan puisinya, Khabar.\rDunia yang penuh keajaiban ini\rsering melagukan kita dengan\rnyanyian yang melenakan\rmenjadikan kita sering bertanya\rtentang kebenaran yang adakalanya\rjatuh seperti daun-daun awan.\rDi sebalik ketenangan daerah itu, aktivis budaya tempatan, Salmah Ali, membacakan puisi, Obor Perjuangan Bangsa, sekali gus membuktikan suara patriotik tidak pernah padam di kawasan perbukitan itu.\rApatah lagi Kuala Kubu sendiri mencatat kisah perang dan tragedi seperti kubu pertahanan Raja Mahadi yang menentang pasukan Tengku Kudin dalam Perang Saudara pada 1867 hingga 1874 dan peristiwa empangan pecah yang turut meragut nyawa Pegawai Daerah Kolonial, Sir Cecil Ranking, pada 1883.\rNyalakan apinya seterang mungkin\rbagi menyuluh haluan perjalanan\rdemi generasi yang mendatang.\rHari ini jalan ini semakin berliku\rnamun, dukunglah amanah ini, demi\rmenjana agenda bangsa.\rBarangkali latar sejarah dan tragedi itu turut memberi inspirasi kepada Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Naffi Mat, membacakan puisinya, Ceritera Sang Penglipur Lara yang menyorot isu sekitar kekuasaan.\rSelagi manusia itu hidup\rdi muka bumi Tuhan ini\rmereka tidak terlepas\rdengan serakah nafsu\runtuk membina kuasa\rpetunjuk ini diiktibarkan\rdaripada peristiwa Habil dan Qabil.\rNada patriotik dan suara politikal itu turut menarik perhatian ahli SESAMA, Norsham Jalil untuk membacakan puisi, Harga Sebuah Kemerdekaan yang meletakkan tanggungjawab besar ke pundak generasi muda.\rWarna kemerdekaan\rbukan selendang merah gersang\rharum perjuangan\rbukan kemboja kekeringan\rnilai sebuah kemerdekaan\rtertanam di dada\rgenerasi baru.\rSepetang Puisi dan Citra Budaya itu turut dimeriahkan dengan deklamasi puisi oleh Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu UPSI, Dr Mohd Rosli; Wakil Pejabat Tanah Hulu Selangor, Khairul Anwar Mohd Sabri dan Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), A Wahab A Hamid, selain persembahan seni silat gayung.\rAcara yang dipengerusikan kakitangan MDHS, Rosmaini Mohamed Rosli itu, turut dihadiri Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail; Presiden SESAMA, Saring Sirad dan Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd Amran Daud.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075746 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list