CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Peguam Syarie Menulis: Bapa abai nafkah anak pincangkan masyarakat

[Copy link]
Post time 21-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Setiap zuriat berhak disara sehingga  18 tahun\rNAFKAH kalimah Arab  berasal daripada infaq  dari sudut bahasa bermakna perbelanjaan   dikeluarkan secukupnya terhadap anak merangkumi  makanan, pakaian serta tempat tempat tinggal. \r\n\n\n\n\r  Nafkah terbahagi kepada dua iaitu terhadap diri sendiri dan kewajipan nafkah terhadap orang lain disebabkan perkahwinan iaitu isteri, kerabat contohnya anak dan pemilikan seperti hamba.\r\r\n\n\n\n\n  Nafkah anak adalah  wajib sama ada anak  berada dalam jagaannya atau  orang lain. Dalam Islam, hak mendapat kehidupan adalah hak anak yang tidak boleh disekat. Justeru, ibu bapa atau penjaga wajib memenuhi hak itu.\rFirman Allah  bermaksud: “Dan ibu hendaklah menyusukan anak mereka  dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara  sepatutnya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233) \rAyat itu menjelaskan kewajipan  bapa membayar upah menyusukan anaknya. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan  bapa. Jumhur berpendapat, jika bapa tidak mempunyai harta tetapi mampu membuat kerja, wajib ke atasnya berusaha sendiri dengan pekerjaannya membiayai nafkah anak.\rBerdasarkan peruntukan undang-undang di Malaysia, merujuk Seksyen 73 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003  menanggung nafkah menjadi kewajipan bapa.\r\n\n\n\rSeksyen itu memperuntukkan: “Kecuali jika sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah memperuntukkan selainnya, maka  menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana  munasabah  kepada kemampuan  atau dengan membayar kos.”\rFuqaha  bersepakat jika bapa masih hidup dan  berkemampuan untuk  bekerja, maka wajib ke atasnya saja membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa. \rDalam menentukan tempoh bapa menanggung nafkah anak diperuntukkan secara jelas mengikut Seksyen 80 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang meletakkan had umur bagi tempoh perintah nafkah tamat apabila anak mencapai umur 18 tahun.\rBagaimanapun, mahkamah boleh atas permohonan anak melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi tempoh tambahan yang difikirkan munasabah bagi membolehkan anak mengikuti pelajaran, latihan lanjut atau lebih tinggi. \rKita sedia maklum masuk saja hujung tahun, ibu bapa   sibuk mengurus persediaan persekolahan anak. Bagi suami isteri yang membuat persediaan awal dengan menabung, tiada sebarang masalah.\rKeadaan berbeza bagi ibu tunggal  diabaikan  pemberian nafkah oleh bekas suami. Sudah tentu perkara ini  menyukarkan serta  mendatangkan kemudaratan apatah lagi jika mempunyai anak ramai dan semuanya masih bersekolah.\rWalaupun kerajaan menyalurkan peruntukan  RM100 seorang bagi anak yang bersekolah, jumlah itu masih tidak mencukupi untuk perbelanjaan persekolahan mereka. Ia mungkin dapat meringankan sedikit beban tetapi tidak mencukupi bagi menampung jumlah sebenar.\rJika bekas isteri mampu,  bapa tetap perlu menunaikan tanggungjawab. Kita tidak mahu berlaku kepincangan dalam masyarakat apabila bapa mengambil sikap lepas tangan sehingga membebankan bekas isteri khususnya yang tiada kerja atau pendapatan tetap.\rBapa hendaklah mengambil tanggungjawab ini supaya pendidikan anak tidak terganggu. Kita tidak mahu mendengar kes anak tidak bersekolah atau lambat daftar ke sekolah disebabkan pengabaian perbelanjaan pendidikan.\rKepincangan perkahwinan tidak sepatutnya memberi kesan terhadap masa depan anak. Pertelingkahan antara suami isteri juga tidak harus memberi masalah kepada hak anak mendapat nafkah.\rIslam sangat mengambil berat mengenai kewajipan memberi nafkah bagi memastikan kehidupan anak tidak terabai. Lebih-lebih lagi untuk menjadikan kehidupan anak sempurna dan tidak terkesan walau sedikitpun akibat daripada permasalahan keluarga mahupun  perceraian ibu bapanya. \rPenulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.370994 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list