|
EMPAT pasukan berstatus kelab - Tentera, USM FC, MP Muar FC dan Sime Darby - memulakan aksi dengan kemenangan apabila mengalahkan pencabar mereka masing-masing dalam aksi pertama Liga Perdana, semalam.\rDua pasukan negeri yang ‘turun pangkat’ untuk beraksi dalam Liga Perdana musim ini, Pahang dan Perlis, mengalami nasib berbeza apabila skuad Tok Gajah menang tipis 1-0 ke atas MBJB FC manakala Singa Utara menerima aib dibelasah 2-7 kepada MP Muar FC.\r\n\n\n\n\r Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penyerang import Tentera, Marlon Alex James membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa apabila menjaringkan dua gol membantu barisan B Sathianathan menang 2-0 ke atas NS Betaria FC.\r\r\n\n\n\n\n Gol pertama pemain St Vincent & Grenadines itu terhasil seawal minit kedua selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol sebelum menambah satu lagi gol peribadinya pada minit ke-22.\rDi Stadium Sultan Ibrahim, Muar, MP Muar melangkah pada aksi pembukaan Liga Perdana musim ini apabila membelasah Perlis 7-2 menerusi jaringan Khairul Anwar Shahruddin pada minit kelapan, 82, Mohd Alafi Mahmud, (m-24, 52, 56 dan 79) dan Mohd Azuwad Md Arip (m-80).\rWalaupun cuba memberikan saingan menerusi dua gol Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-58 dan 69, ia belum cukup untuk menyekat dominasi tuan rumah daripada berpesta gol.\rDi Stadium Mini Perbandaran Temerloh, Pahang yang terpaksa beraksi dalam Liga Perdana musim ini seperti cepat melupakan episod duka selepas menang 1-0 ke atas MBJB FC.\r\n\n\n\rDi Stadium USM, Pulau Pinang, USM FC yang ketinggalan 0-1 pada babak pertama, pantas menukar corak permainan dan menjaringkan dua gol di separuh masa kedua mengatasi Pos Malaysia 2-1.\rDi Stadium Selayang, Sime Darby turut mencatat kemenangan ke atas Harimau Muda B 2-1.\rDi Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor gagal memanfaatkan peluang gelanggang sendiri selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Polis.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|