|
Tsonga, Berdych, Raonic turun gelanggang hari ini\rMELBOURNE: Tiga pemenang kejohanan hujung minggu lalu mengetuai senarai pemain di kejohanan tenis Klasik Kooyong, dengan Jo-Wilfried Tsonga, Tomas Berdych dan Milos Raonic semuanya dijadual turun ke gelanggang kejohanan lapan pemain itu bermula hari ini.\r\n\n\n\n\r Tsonga masih segar daripada kejayaan memenangi kejuaraan kelapan dalam kariernya selepas menewaskan rakan senegara dan pencabar di Kooyong, Gael Monfils pada final di Doha.\r\r\n\n\n\n\n Pemain Republik Czech, Berdych pula adalah sebahagian skuad yang meraih kejuaraan Piala Hopman – bersama-sama juara Wimbledon, Petra Kvitova di Perth, manakala pemain Kanada, Raonic memenangi kejuaraan kedua dalam kariernya di Terbuka Chennai.\rTsonga yang menduduki ranking keenam dunia mahu memperkemaskan persiapan untuk Terbuka Australia minggu depan dan akan memulakan aksi di kejohanan pertunjukan itu menentang pemain Austria, Jurgen Melzer.\rPemain lain yang beraksi hari ini ialah pemain remaja Australia, Bernard Tomic yang berdepan Berdych, pemain Amerika Syarikat (AS), Mardy Fish menentang Raonic dan seorang lagi pemain AS, Andy Roddick menentang Monfils.\rTsonga, finalis yang tewas di Kooyong 2010 berkata, dia sudah bersedia menghadapi kejohanan pembuka tirai Grand Slam 2012 di Melbourne, selepas tewas di final ketika menentang Novak Djokovic pada 2008. \r\n\n\n\r“Saya menang di Doha, saya berasa bagus,” kata pemain Perancis itu. “Saya harap mampu beraksi dengan baik di sini. Ini menjadi persiapan yang baik bagi Terbuka Australia.” – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|