|
Real tepati ramalan bakal jumpa Barca di suku akhir Piala Sepanyol\rMALAGA: Juara bertahan, Real Madrid menewaskan Malaga 1-0 dalam saingan Piala Sepanyol kelmarin hasil jaringan Karim Benzema yang memungkinkan mereka menepati ramalan pertembungan suku akhir menentang Barcelona.\r\n\n\n\n\r Real Madrid memiliki kelebihan satu gol selepas kemenangan 3-2 mereka di Bernabeu dan pemain antara bangsa Perancis, Benzema memastikan kemenangan pada perlawanan timbal balik itu dengan rembatan pada minit ke-71 yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Willy Caballero.\r\r\n\n\n\n\n Jika tiada sebarang kekalahan mengejut dalam perlawanan lain dengan Barcelona dan pemenang anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or tiga kali dari Argentina, Lionel Messi pasti layak ke suku akhir selepas membawa kelebihan 4-0 menjelang aksi timbal balik menentang Osasuna hari ini.\rItu akan mencipta pertembungan Madrid-Barcelona pada 18 dan 25 Januari - satu lagi pertembungan El Clasico yang menemukan dua kelab terbaik dunia dan pencabar sengit itu.\rKali ini, ada tambahan daya penarik terhadap perlawanan itu.\rReal Madrid mendahului Barcelona dengan kelebihan lima mata di tangga teratas liga selepas pencabar dari Catalan itu diikat 1-1 oleh pencabar tetangga, Espanyol Ahad lalu.\r\n\n\n\rNamun, anak buah Jose Mourinho pasti mahu memadam memori pahit kekalahan 3-1 kepada Barcelona dalam saingan liga di laman sendiri 10 Disember lalu. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|