CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Gerrard mahu cipta minggu sempurna

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LIVERPOOL: Steven Gerrard berharap melengkapkan minggu sempurna apabila Liverpool melayan kunjungan Stoke di Anfield dalam usaha memburu tempat ke kejuaraan Eropah.\rGerrard meledak gol kemenangan Liverpool ketika menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City 1-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Liga, Rabu lalu.\r\n\n\n\n\r   Kemudian pemain tengah England itu, pada usia 31 tahun, menyusuli kecemerlangannya dengan menandatangani kontrak jangka panjang yang akan mengekalkannya dengan kelab berkenaan hingga tamat karier sebelum mengambil peranan sebagai duta Anfield.\r\r\n\n\n\n\n   Reds mara ke saingan hujung minggu di tangga keenam dan menerima kritikan kerana persembahan pemain baru yang mahal – Andy Carroll, Jordan Henderson dan Stewart Downing.\rLiverpool – yang belum pernah memenangi sebarang kejuaraan sejak Piala FA 2006 – perlu, dengan kejuaraan liga sudah di luar jangkauan, memenangi sama ada Piala Liga atau Piala FA bagi menamatkan kemarau kejuaraan – tempoh paling panjang selepas kemarau 1966 hingga 1973.\rNamun Gerrard, yang terlepas hampir semua perlawanan musim lalu akibat kecederaan, menegaskan dia tidak akan melanjutkan kontraknya dengan kelab jika dia tidak mempunyai keyakinan bahawa Reds berada di landasan betul.\r“Inilah kelab yang saya cintai dan kelab yang saya sokong sejak kecil,” kata Gerrard. “Saya merealisasikan impian sebagai kapten dengan antara kelab terbesar di dunia.\r\n\n\n\r“Kami mempunyai pasukan yang hebat, pemilik yang tepat dan pengurusan yang baik, jadi saya benar-benar yakin kami akan melalui pengalaman lebih manis di masa depan.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.046884 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list