View: 2785|Reply: 5
|
Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari
[Copy link]
|
|
| KERATAN Kosmo! semalam.
|
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.
Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.
Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.
Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.
Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.
Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahang panas sangat terasa hari ini, adakah ini kesan ribut mentari tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Ruang angkasa lepas.... masih banyak misteri yang lum terurai...
Angkasa lepas memang selalu menarik perhatian aku.... cantik sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# HaMiZiE
stuju ngan pendapat anda.
kalu kite kaya giler,
n ilmu banyak giler,
n yg paling penting agama islam kite amat tinggi.
mmg best sgt2 kalu dapat teroka alam semesta ni.
banyak sgt yg misteri. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm xpecaya semua nie berlaku tapi memang akan berlaku kan.semoga kita dilindungi Allah dari segala bala bencana yang akan melanda bumi.amin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# kaktuscameron
amin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|