View: 22328|Reply: 11
|
[Edisi Sains Am]
RAMALAN NABI MUHAMMAD SAW MENGENAI TEKNOLOGI
[Copy link]
|
|
Soalan:
Doktor Danial, ledakan teknologi ICT begitu hebat sekali pada hari ini. Pernahkan Nabi Muhammad membuat sebarang komen berhubung dengan teknologi ini? Jawapan:
Sebenarnya, Nabi Muhammad mengetahui tentang perubahan-perubahan yang akan berlaku di akhir zaman, justeru Baginda memberikan kaedah umum tentang bagaimana menghadapi perubahan-perubahan itu. Berhubung dengan aspek teknologi dan yang seumpamanya, Baginda bersabda:
"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia mu." (Muslim)
Hadis ini mengizinkan umat Islam memanfaatkan sebarang teknologi di zaman mereka asalkan ia tidak melanggar dasar-dasar syariat. Berhubung dengan ICT, Nabi s.a.w bersabda:
"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)
Hadis ini menjelaskan tentang sistem komunikasi di akhir zaman. Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledakkan teknologi komunikasi maklumat, ramalan Nabi ini telah menjadi kenyataan. Salah sebuah akhbar di Malaysia bertarikh 7 Jun, 1996 melaporkan, sebuah sistem pengesan berasaskan satelit telah dicipta baru-baru ini. Ia boleh di gunakan, di antaranya, untuk mengintip suami atau isteri yang curang. Ia menggunakan rangkaian satelit berkonsepkan 'Sistem Penentu Kedudukan Global' yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Teknologi seumpama ini juga telah diramalkan Nabi berpandukan hadis yang telah disebutkan.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah) 15 January 2003
http://hidayahnet.tripod.com/archives/DD/DD10a.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada saya....tu bukan binatang buas, tu teknologi... (jika merujuk kepada gambar)
"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)
Jika merujuk kepada hadith dengan mengambil maksud secara terus (direct), binatang buas yang bercakap tu, boleh jadi merujuk kepada DABBATUL ARDH (binatang yang keluar dari bumi) yang boleh bercakap... cuma belum keluar lagi binatang tu. Ayat Quran pun ada menyebut pasal binantang ini:
وَإِذَا وَقَعَ ٱلۡقَوۡلُ عَلَيۡہِمۡ أَخۡرَجۡنَا لَهُمۡ دَآبَّةً۬ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ تُكَلِّمُهُمۡ أَنَّ ٱلنَّاسَ كَانُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا لَا يُوقِنُونَ
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (An-Naml, 82)
Kalau dilihat dari segi simbolik teknologi pula, kan national geographic ada dok kaji macamana haiwan-haiwan berhubung, macam ikan paus mengeluarkan gelombang.... jadi teknologi manusia ni dah semakin canggih dan semakin memahami pertuturan-pertuturan binatang-binatang.... kalau dilihat dari segi simboliknya, pun boleh jadi benar yang manusia boleh berhubung dengan binatang jika teknologi dah semakin canggih sampai memahami pertuturan binatang!
Hadis ini menjelaskan tentang sistem komunikasi di akhir zaman. Di akhir zaman manusia akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledakkan teknologi komunikasi maklumat, ramalan Nabi ini telah menjadi kenyataan. Salah sebuah akhbar di Malaysia bertarikh 7 Jun, 1996 melaporkan, sebuah sistem pengesan berasaskan satelit telah dicipta baru-baru ini. Ia boleh di gunakan, di antaranya, untuk mengintip suami atau isteri yang curang. Ia menggunakan rangkaian satelit berkonsepkan 'Sistem Penentu Kedudukan Global' yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Teknologi seumpama ini juga telah diramalkan Nabi berpandukan hadis yang telah disebutkan.
GPS (Global Positioning System: Sistem Penentu Kedudukan Global) ni dah jadi benda biasa, dah masuk dalam smart phone sekarang. Dulu (1996 dan sebelum tu) US army dok guna. Tapi GPS ni dapat trace orang yang ada alat tu, bukannya dapat trace sesiapa saja termasuk yang tiada alat GPS padanya.
"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat Tarmuzi)
Pasal 'paha' bercakap tu, saya macam boleh diterima sebagai teknologi mobile phone yang kebiasaanya diletakkan dalam kocek, kat paha.
Last edited by mnm77 on 29-5-2014 01:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 18-4-2013 11:48 AM
Pada saya....tu bukan binatang buas, tu teknologi...
Kan national geographic ada dok kaji macaman ...
Hadis biasanya makna die x direct.... |
|
|
|
|
|
|
|
l0llyp0p posted on 24-4-2014 05:29 PM
Hadis biasanya makna die x direct....
Ada yang direct, ada yang tak direct. Pasal ramalan masa depan yang kalau cerita pun orang masa tu tak faham, tentunya diceritakan secara tak direct... kalau cerita Samsung Galaxy S5 keluar tahun 2014, tentu 1400 tahun lalu tiada seorang pun yang boleh tangkap dan faham apa bendanya....
|
|
|
|
|
|
|
|
Wallahualam...cuma aku rasa tak selesa kaitkan Rasulullah dengan 'ramalan'......sedap sikit kalau guna visi atau perkataan yang menggambarkan baginda diperlihatkan masa kita kini.... |
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf posted on 5-5-2014 04:01 PM
Wallahualam...cuma aku rasa tak selesa kaitkan Rasulullah dengan 'ramalan'......sedap sikit kalau gu ...
kalau dalam bahasa inggeris, kalau org yang penting meramalkan sesuatu peristiwa akan datang di namakan: prophecy
kalau kita study hadith, banyak Nabi Muhammad SAW menceritakan pasal peristiwa masa depan terutamanya pasal hari kiamat,
Prophecies of the Prophet Muhammad
http://www.islamreligion.com/articles/379/
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah makna nya nabi telah dibawa ke zaman hadapan? sila fikir2 kan... |
|
|
|
|
|
|
|
x pasti nabi di bawa ke zaman hadapan ka x. tapi banyak ja apa yg diperkatakan tu betul.
contoh mudah, umatku di akhir zaman nanti umpama buih di lautan. sekarang kan umat islam gitu.
israel tu keliling dia islam, kalau seorang sekali tampor rakyat yahudi pecah muka gamaknya.
tpi kita buih, tampor pon sedap je deme rasa.
deme pulak yg pijak2 buih2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
time travel?pasti ada yang x setuju...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-9-2016 11:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|