Sebuah cerita romantik komedi yang sangat cute, penuh emosi, penuh kasih sayang dan banyak aksi comel. Tak perlu pening kepala nak fikir. Jalan cerita yang menarik dan dibarisi pelakon utama yang sangat sempoi membawakan watak masing-masing dengan berkesan.
CEO Cha: CEO sebuah syarikat IT yang kacak, bergaya, nerdy, agak kurang berpengaruh. Bekas suami kepada Ae Ra. Setia pada Ae Ra tanpa sedar.
Ae Ra: Seorang wanita yang ditonjolkan sebagai watak materialistik tetapi rupanya kehidupannya penuh dengan penderitaan.
Drama ini menonjolkan kehidupan sebenar dalam sesebuah perkahwinan yang memerlukan give and take dalam sesuatu perkara. Terpaksa melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu.
Ae Ra berkahwin muda demi cinta monyetnya dan terpaksa melepaskan impian untuk menjadi model terkenal. Manakala CEO Cha terpaksa bercerai dengan isterinya Ae Ra demi mengejar kejayaan sebagai usahawan IT. Apabila pasangan bercerai kebiasaannya akan berlaku insiden marah dan saling membenci berikutan kesilapan yang ditempuhi. Begitu juga dalam drama ini banyak perkongsian suka duka namun demi cinta dan jodoh yang kuat, akhirnya kembali bersatu.
Sangat sedih dengan scene Ae Ra menceritakan kisah kegugurannya kerana bekerja keras demi membantu menambah pendapatan keluarga sedangkan suaminya CEO Cha tidak tahu dan lena tidur sebaik diberhentikan/berhenti kerja.
Ending cerita ni sangat menarik dengan paparan aksi pemilihan nama anak. Scene ini sangat cute!
2.Keberkesanan Lakonan (7/10)
Drama ini memiliki padanan hero dan heroin yang kuat tetapi sayangnya para pelakon sampingan tidak mempunyai watak yang dibangunkan dengan baik.
JooSang Wook[PencalonanBest Actor]
Beberapa episod awal menunjukkan perubahan dari watak nerd kepada watak kelakar dan berlagak. Ternyata sangat berbeza meskipun hanya di dalam drama yang sama.Perubahan memek muka melambangkan sakit hati dan sedih memang jelas dapat dirasakan. Beliau mempunyai aura pelakon yang kuat.
Lee Min Jung
Lee Min Jung sangat cantik di dalam drama ini. Bersesuaian dengan watak yang ditonjolkan sebagai wanita materialistik pada peringkat awalnya. Lakonan yang agak memberi kesan terutama sewaktu scene menceritakan kisah kegugurannya kepada CEO Cha. Sedih oooo....
Kim Kyu Ri
Watak Yeo Jin yang hilang kaki sendiri akibat kemalangan. Mencintai CEO Cha dalam diam. Entah kenapa meluat tengok dia dalam drama ni. Bukannya kasihan. Namun wataknya memberi kesan kuat kerana ia dibina dengan baik.
Pencalonan: Lakonan Joo Sang Wook sebagaiCEO Cha boleh diangkat sebagai calon Best Actor
3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)(7.5/10)
Teknik pengarahan yang cantik dengan sudut pandang yang sangat menarik.
Setiap episod mempunyai sinematografi yang cantik.
Kekurangan cerita ini adalah dari segi editing yang ke laut dan terlalu melompat-lompat setiap plot. Mujurlah aku buat-buat paham.
Diantara scene yang sangat disukai ialah sewaktu CEO Cha mengejar Ae Ra yang hendak pergi interview dan berlaku kiss scene di bawah pokok. Cantik sangat scene tu. Dengan wajah CEO Cha yang tertekan. Wajah Ae Ra yang kebingungan nak buat pilihan. Ada feeling dan emosi yang mendalam dapat dirasai.
[size=14.4444446563721px]
- 4. Skor muzik (5/5)
Semua background music/OST yang sangat-sangat best dan membuai perasaan. Cukup serasi dengan jalan cerita.
Diantara lagu yang sering menjentik telinga ialah:
1. AloneAgain (Big Baby Driver)
2. I really Love You (Yoo Sung Eun)
3. Pencalonan Lagu I really Love You (Yoo Sung Eun) sebagai skor lagu yang best....
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Memang akan menonton semula.. sebab cerita ni buat kita terbuai perasaan comel dan cute. Lagu pun mantappppp!!!