CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 0

Pakaian lama ada banyak kegunaan

[Copy link]
Post time 28-1-2014 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Golongan wanita sememangnya suka berfesyen dan membeli-belah tetapi kadang-kala ada sesetengah baju yang baru yang masih belum dipakai lagi. Tersimpan sahaja dalam almari sehingga baju itu dah habis zamannya.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips apa yang anda boleh buat dengan pakaian lama anda.

Ubah suai/suai padan
Jika anda mempunyai pakaian lama yang masih boleh dipakai lagi. Anda boleh ubah suai baju tersebut atau alter beberapa bahagian yang tidak sesuai. Sebagai contohnya, dari baju lengan panjang ke lengan pendek, yang labuh boleh disingkatkan. Ia semua bergantung kepada keperluan dan keselesaan anda sendiri.

Simpan pakaian lama dengan baik
Jangan dibuang pakaian yang masih elok! Putaran fesyen sekarang, selalunya akan balik semula ke zaman lalu. Fesyen lama akan diberi nafas baharu. Namun jika kamu punya koleksi yang hebat, apabila tiba waktunya, pasti pakaian kamu menjadi paling berharga. Simpan pakaian dalam beg plastik untuk mengelakkan dari berhabuk atau digigit lipas. Habuk mampu merosakkan kain kamu! Selain disimpan untuk dipakai masa akan datang, siapa tahu ia boleh diberikan kepada anak kamu bila mereka besar nanti.

Derma kepada yang memerlukan
Jika ada pakaian yang kamu tidak perlukan lagi dalam almari, pilih pakaian yang masih elok, basuh dengan bersih dan bungkuskannya. Berikan kepada mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya kamu melakukan kebajikan untuk orang lain. Tapi ingat, jangan berikan pakaian yang terlalu lusuh dan koyak.

Jual
Jika anda mempunyai pakaian lama yang anda tidak mahu lagi tetapi masih elok, apa kata anda jual dengan harga yang berpatutan. Setidak-tidaknya kamu akan dapat pulangan sedikit dari hasil jualan itu.

Kain buruk
Akhir sekali, untuk pakaian yang sudah terlalu lusuh dan buruk, daripada kamu buang begitu sahaja, apakata dibuat sebagai kain buruk. Setidak-tidaknya kamu telah jimat dan tak perlu beli napkin untuk lap tangan atau kain lap meja.

                       

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.417969 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list