|
![](http://2.bp.blogspot.com/-7Jx1cm9X7V4/UXttCLbicqI/AAAAAAAACe4/Hggj5PIkOW0/s1600/Kuih+Lapis.jpg)
KUIH LAPIS TRADISI
Apa khabar yg di sana semuanya?? Sihat tak? Gembira tak? Kita kat sini mcm ni lerrr kalau tgh musim, mood turun betull dr semalam nii, apa pun ttp ceria kena senyum2 selalu sebagai penyeri muka n awet muda ececece...
Buat kuih ni dah 2 kali sbb dah jumpa resepi yg mcm org dulu2 buat kuih lapis, sedappp! suke rasanya yg asli gini. Jumpa resepi ni masa gugel nak carik kuih lapis tradisional, jumpa blog kak an periuk tanah bahan2 dia senang n mudah, suke lerr sgtt2 ehehehe... Buat tuan punyer resepi minta izin n halal kembali resepinya utk dikongsikan kat sini :-)) Terima kasih! Buat semua pengunjung arah dan yg sewaktu dengannya, terima kasih juga setiap kunjungannya, insyaAllah buat kunjung balas bile free, salam bertemu kembali :-)
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)>>kita lebihkan sikit
- 2 sudu besar tepung gandum>>yg ni kita kurangkan sikit
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
- 1/4 sud teh garam
- sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
my favorite kueh ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada dulu my cousin order. kuih lapis dia the best pernah saya makan. lemak tak berapa manis. wangi ros. according to my cousin dia ada edar di petronas. petronas mana saya tak tanya pulak. tapi mmg serius sangat sedapnya. cousin saya tinggal area subang/pj gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
i like tis!!!i suka separate lapis lapis masa makn~~ |
|
|
|
|
|
|
|
suka sangat kueh ni ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|