Dan yang paling penting kene bagi tazkirah dan ajarkan agama kat wife TT. Bukan laa nak kata apa..kalau wife TT sedar yang bersembang dgn lelaki dah sampai tahap geli2 pon tu dah kira mendekati zina die takkan buat.
Mungkin duduk rumah sunyi..nak berborak. Carilaa kawan perempuan untuk berborak.
Perempuan ni memang diciptakan suka dimanja, suka dibelai..suka dipuji. Mungkin lelaki2 die chat tu suka puji die.. jadi die layan laa sembang.
Saya ni bekerja dalam sector yang memang ramai lelaki.. kalau pegi site tu kadang2 saya sorang perempuan.. kalau meeting tu 20 org lelaki..saya sorang perampuan. Dan memang laki2 orang ni suka laa usik2 puji2.. tapi saya buat keras jek..buat perangai lelaki jek. jadi lama2 semua orang malas kacau dan cakap bukan2 dengan saya..
Tapi sebab saya perempuan yang suka dimanja dan dibelai.. maka saya bermanja dengan suami aje.. gedik2 pon dengan suami sahaja..sebab takut Allah murka.
Kalau sayang isteri..didiklah isteri ke jalan Allah.. insyaAllah kes boleh settle.