CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3619|Reply: 1

Di Mana Bumi Di Pijak: Sejarah Rakyat Tanah Melayu

[Copy link]
Post time 8-2-2015 07:59 PM | Show all posts |Read mode
Di Mana Bumi Di Pijak: Sejarah Rakyat Tanah Melayu


Tidak ramai yang meminati mata pelajaran Sejarah ketika di sekolah kerana subjek ini di sinonimkan dengan mengingati nama tokoh,  tarikh serta tempat-tempat penting berlakunya peristiwa yang di anggap bersejarah. Buku ini di terbitkan oleh Institut Analisa Sosial pada tahun 1987 dan di terbitkan kembali oleh SIRD pada 2007. Di Mana Bumi Di Pijak membawa kita kembali ke alam persekolahan ketika pertama kali kita berkenalan dengan sejarah Tanah Melayu sejak dari kedatangan orang Eropah hinggalah kemerdekaan. Tidak banyak fakta yang berbeza dengan fakta sejarah versi pemerintah cuma ada beberapa peristiwa penting yang cuba di gelapkan oleh pemerintah di masukkan dalam buku ini.


Antara peristiwa yang di sembunyikan oleh pemerintah adalah Hari Hartal 1947. Hari Hartal berlaku pada 20 Oktober 1947 iaitu peristiwa mogok secara besar-besaran oleh penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India bagi membantah penubuhan Perlembagaan Persekutuan. Gerakan ini diketuai oleh AMCJA-PUTERA, iaitu gabungan parti dan persatuan berbilang kaum. Parti ini juga yang mencadangkan agar Perlembagaan Rakyat di guna pakai di Tanah Melayu.


British sangat sayang akan Tanah Melayu kerana antara 17 tanah jajahan, Tanah Melayulah yang paling kaya dan memberi keuntungan besar kepada pihak British. Eksport bijih timah dan getah menghasilkan keuntungan yang besar sewaktu Perang Korea. Bayangkan sahaja,  pembiayaan unit Tentera Darat, Laut dan Udara British di Malaya pada waktu itu menelan kos sehingga $ 550,000,000 setahun, belanja menjaga estet Eropah berjumlah $ 2,000,000 setahun dan belanja menjaga lombong bijih timah berjumlah $ 300,000 setahun. Kesemua perbelanjaan ini diperoleh dari hasil bumi Tanah Melayu.


Peristiwa penting yang berlaku dan masih di ingati adalah Darurat. Darurat sebenarnya merupakan akibat perang menentang penjajah British. Darurat berlaku selama 12 tahun. Semasa Darurat, polis, askar dan pegawai kerajaan mempunyai kuasa untuk menangkap, menahan, dan dalam kes-kes tertentu membunuh sesiapa sahaja yang di syaki terlibat dalam gerakan menentang penjajah.  Lebih 400,000 tentera di bawa masuk dari New Zealand, Australia, Fiji, Gurkha dan Afrika Timur untuk bertugas. Antara 1948-1957, British menghantar ramai jeneral dan Ketua Polis ke Malaya yang sebahagian besarnya mempunyai pengalaman menekan gerakan pembebasan rakyat di Palestin.



Antara yang di hantar ke Malaya ialah Sir Edward Gent, Jeneral Wade, H.B Langworthy, Sir Henry Gurney (Bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran British di Palestin), Kol. W.N. Gray (Ketua Polis di Palestin), Lt. Jen. Sir Harold Briggs (Ketua Tentera Burma), A.E Young (Pesuruhjaya Polis London) dan Field Marshall Sir Gerald Templer (Pengarah Perisik Tentera British).  Ketika Darurat, antara tahun 1948 hingga 1960, kira-kira seramai 11,035 orang terbunuh dan 6,113 orang cedera. Dari tahun 1948-1957, hampir 34,000 orang telah di penjara tanpa bicara. Pada 1951, sewaktu perjuangan sampai ke kemuncaknya, 11,000 orang di penjara (tidak termasuk mereka yang di tahan kurang dari 28 hari). Seramai 26,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak, kebanyakannya Cina di hantar ke China dan menyebabkan banyak keluarga terpisah.


Dengan illustrasi yang menarik, buku ini boleh di baca pada bila-bila masa sahaja – seenak-enaknya sewaktu merehatkan minda dan melepaskan lelah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 02:07 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Sejarah ni patotnya di ajar sejak darjah satu lagi...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.858208 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list