View: 10448|Reply: 9
|
[AZALEA] PADAMU AKU BERSUJUD (Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli)
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 27-5-2015 07:49 AM
ingatkan nak jadi silent reader musim exam ni sambil baca akak-akak meroyan dan baca review bookmark mana cerita best tapi takde pulak orang bukak thread ni. sazwan zulkipli jadi hero jarang kot tengok (ke first time?). mohon review.
Drama terbaharu di slot Azalea bertajuk 'Padamu Aku Bersujud' arahan Raja Ahmad Alauddin. Lakonan Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenthy Feliziana dan ramai lagi. Sebuah drama terbitan A'10 Alliance. Bersiaran bermula 26 Mei 2015, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang di saluran TV3.
JUDUL : PADAMU AKU BERSUJUD
EPISOD : 24 episod
TARIKH : 26 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 4.00 petang)
SIARAN : Slot Azalea TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : A'Ten Alliance(M) SDN BHD
PELAKON : Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenty Feliziana, Shiqin Kamal, Reza Hasbi, Mubarak Majid, Ku Fridah Ku Shafie, Zaidi Omar, Aleeza Shahdan, Nina Iskandar, Fikhree Bakar, Jasmine Suraya
WATAK PELAKON
Syazwan Zulkifly sebagai Amin
Leez Rosli sebagai Sakinah
Bil Azali sebagai Khairi
Shenty Feliziana sebagai Rihanna
Shiqin Kamal sebagai Ika
Reza Hasbi sebagai Iqram
Mubarak Majid sebagai Pak Leman
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Mak Siah
Zaidi Omar sebagai Datuk Jamil
Aleeza Shahdan sebagai Datin Zulaika
Fikhree Bakar sebagai Taufiq
SINOPSIS PADAMU AKU BERSUJUD
Mengisahkan tentang Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang di SPM dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap.
Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaika memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan lagi Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin.
Amin telah meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram telah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya.
Perkenalannya dengan Taufiq merupakan titik perubahan hidupnya apabila Amin diberikan peluang bekerja di bengkel kereta milik Mr. Ooi. Berjayakah Amin mengecapi kejayaan yang diidaminya? Bagaimanakah Amin berhadapan dengan pelbagai dugaan dan godaan nanti?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kpenq lah |
|
|
|
|
|
|
|
kpeng jd hero...
teaser cm best..
Leez x pkai tdung g time ni... |
|
|
|
|
|
|
|
wah... mcm best je. Jalan cite lain daripada yg lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
slot Azalea ni kebanyakannya jalan cerita best.lebih kena dgn real life.cumanya waktu tayangan tu x kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols follow citer ni.. sbb pelakon best. Plot pun okay kisah masyarakat yg lebih real dibandingkan dgn adaptasi2 akasia sana tuh.
Kalau tgk montage, hero si syazwan mcm kapel dgn leez. Cuma setakat ni i blm boleh digest the timeline sbb setakat 3 episod syazwan baru lepas spm, n leez tu pulak business woman ada produk kecantikan mcm tu.. kena sabar tgk next2 episod mcmna..
|
|
|
|
|
|
|
|
pauliza replied at 28-5-2015 10:32 AM
slot Azalea ni kebanyakannya jalan cerita best.lebih kena dgn real life.cumanya waktu tayangan tu x ...
Drama slot pukul 4ptg mmg kisah2 lebih realistik.. kalau ikut yg sblm2 ni pun byk citer2 kampung masyarakat sederhana.. takde elemen2 so sweet..sengal2..dato datin..hero jawatan ceo..etc etc.. tak sesuai tayang di slot akasia.. hehehe
tp tu lah makcik2 n housewife je kot yg dpt layan time pukul 4 sambil lipat2 kain. Yg lain kena record ataupun layan kat tonton.. yg gigih je lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, drama ptg2 ni banayk gak yang best..tp yg menontonnya banyak makcik2 ..makcik2 mana lq nqk menjoyah kat forem ni..
Pelakon2 citer ni semua best ..tak kayu kayan.. walaupun kadang2 jln ceritanya ms ada pilih kasih org kaya, org kampung tp bnyk pengajaran dalam hidup. Mmg dalam real life kita msh ramai je org kaya yang sombong dgn org kg, org kampung dianggap tak boleh bjaya dll.. yg penting isi pengajaran dlm citer..
Aku suka tgk citr bukan takat hiburan semata, tp lg seronok nak folllow kalau bnyk pengajarannya..
Teringat dulu2 slot petang2 ni time citer aptasi dongeng rakyat macam sumpah bunian, neneek kebaya dll.. ada yg bagus ada jugak yg merepek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti sekolah takde drama ni ek? Alahhaiìii |
|
|
|
|
|
|
|
citet ni ada x logik sikit..
yg iols x fhm leez tiba2 khwin lps tu beranak anak adalah lingkungan sethn lbih sblm leez khwin syazwan dtg kl.. then lps leez cerai dia terserempak syazwan.. syikin tu pulak kata dh sbln x tau apa citer syazwan kt kl..x ke pelik takk kan dlm sbln leez blh khwin beranak bercerai n mati anak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|