View: 17127|Reply: 9
|
TELEFILEM : PERANGKAP PERKAHWINAN [NADIYA NISA, KILAFAIRY,INTAN LADYANA]
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 16-6-2015 02:42 AM
Tertengok cerita ni.
Pelakon:
Nadiya nisa
Sariyanti
Marsha
Rasanya cerita ni sambungan kepada cerita nadiya nisa, kilafairy dan intan ladyana |
|
|
|
|
|
|
|
tgu estro tayang balik..
Nmpk mcm best...tgk bselang ngan takdir cinta tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
kul berapa hari apa?? telefilem ke drama 1 epi je???
minta bg detail
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-6-2015 05:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Telefilem astro
Ditayangkan malam semalam pukul 9.
Sambungan cerita selepas maya berkahwin. Amy mastura jadi ibu mertua nadiyaa nisa |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni best!!!
Ini sambungan cerita PENGANCAM PERKAHWINAN dulu tu.
Amy Mastura nampak muda je.
Watak nadiya nissa memang menjadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki tawaran saat akhir
0
0 0 Google +0
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
Bukan mudah menerima tawaran melakonkan sesuatu watak pada saat akhir. Tambahan pula karakter itu agak berat dan sekiranya gagal melakonkannya dengan baik, kesannya terpalit pada pelakon itu sendiri.
Cabaran ini bagaimanapun disahut pelakon Sari Yanti yang terbabit dalam telefilem Ramadan Berteduh Syawal arahan Ellie Suriati Omar yang menjalani penggambaran di Kuala Selangor, baru-baru ini.
Terpilih menggantikan pelakon lain yang sepatutnya melakonkan watak itu, Sari, 31, mengakui diulit keresahan sebelum penggambaran berlangsung.
“Apabila dipanggil berlakon pada saat akhir, saya akur mesti menggantikan tempat orang lain yang menarik diri. Sudah tentu pelbagai perasaan bermain di fikiran terutama harapan pengarah yang tinggi terhadap pelakon sebelum itu.
“Mesti dia sudah bayangkan bagaimana bentuk arahan yang perlu dibuat dan saya memang susah hati juga dibuatnya. Tambahan pula saya belum lagi terima skrip.
“Apabila diberi skrip dan berbincang dengan pengarah, saya boleh bayangkan bagaimana karakter yang dikehendaki. Perasaan kembali okey,” katanya.
Apa yang pasti, Sari menganggap tawaran saat akhir bukanlah fenomena baru dalam bidang seni. Baginya ia ibarat rezeki yang tidak perlu dilepaskan begitu saja.
“Saya memang bergantung sepenuhnya terhadap karier lakonan dan anggap apa yang datang itu rezeki. Cuma, rezeki ini datang dalam pelbagai bentuk. Sayang-lah jika saya tolak kerana tawaran ini bukan selalu datang.
“Apatah lagi karakter dalam cerita ini sangat kuat. Kalau saya tak ambil sekarang, tak tahu bila lagi saya akan ditawarkan watak begini. Apabila dah selesa berlakon, perasaan risau itu hilang dengan sendirinya,” katanya yang digandingkan dengan Beto Kusyairy sebagai pasangannya.
Dalam pada itu, Sari juga sibuk menguruskan syarikat produksi miliknya, Apna Production Sdn Bhd. Sehing-ga kini, produksinya sudah menghasilkan tiga telefilem arahan Tam Suhaimi.
“Sebelum ini, saya berkongsi modal dengan Tam, Farish Aziz dan Intan Ladyana menerbitkan telefilem Pengancam Perkahwinan di bawah syarikat Mediaglo Production Sdn Bhd.
“Alhamdulillah sambutan untuk telefilem itu sangat baik sehinggakan saya menerbitkan telefilem Perangkap Perkahwinan dan Love Is A Fairy Tale pula. Perangkap Perkahwinan dibintangi saya sendiri, Nadhiya Nisaa, Hafizul Kamal, Amy Mastura, Marsha dan ramai lagi.
“Telefilem Love Is A Fairy Tale pula menampilkan saya, Hardy Hartono, Nora Danish dan Elfira Loy. Saya perlu tampilkan nama besar dan dikenali untuk menarik minat penonton,” katanya.
Jadual padat
Menolak untuk bercerita mengenai kisah peribadi, ibu kepada dua anak, Barr al Aliy, 5, dan Basit al Haq, 3, mengakui jadual hariannya begitu padat. Selain aktif berlakon, dia juga kena ‘turun padang’ membantu kerja di pejabat.
“Memang sibuk sikit, tapi alhamdulillah dengan apa yang ada. Saya kenalah pandai susun jadual antara berlakon, uruskan syarikat serta anak. Syarikat saya juga tiada sasaran tertentu terbitkan produk kerana ia bergantung pada tawaran stesen TV.
“Saya berani tubuhkan syarikat sendiri kerana kalau setakat berlakon saja, karier saya tak berkembang. Alang-alang berada dalam bidang seni, apa salahnya saya kembangkan lagi dengan buat produk sendiri pula.
“Buat masa ini, biarlah saya fokus pada bidang ini terlebih dulu sebelum ceburi bidang lain pula kerana tak nak nanti dikata yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Saya tak pernah menyesal jadi artis kerana banyak yang saya belajar dalam bidang seni. Banyak perkara baru yang saya dapat contohnya daripada pelakon kemudiannya jadi penerbit,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 1:23 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/48667#sthash.hhuD6JKG.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Amy mastura mmg npk muda. sebaya jek ngan menantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Not bad la cerita ni, hensem2 pelakon lelaki dlm cerita ni. storyline ok la, lawak tul watak nadia nissa tu ngan mertuanya, amy mastura. hiks. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-6-2015 08:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Malam ni pukul 9.00 ada ulangan di astro ria |
|
|
|
|
|
|
|
tertengok drama ni aritu...mcm geli tgk nadiya nisa tu js heroin..terbayang wtak dia dlm jiwa taiko seks gn bront main jilat2 puki (konon) la tp cm real..dgn ghairahnye...muka xbrp siap..gg rongak kt tgh |
|
|
|
|
|
|
| |
|