Saya pernah membuat aduan di portal malaysiakini mengenai penipuan di low yat 4 minggu lepas...saya kena tipu juga lah... sikit punya hal saya stay cool.
yg menipu..sila ke tingkat atas sekali...kumpulan bangla dan pakistan...kononnya boleh repair komputer...hakikatnya ramai 0(zero) pentahuan repair komputer...
saya minta transfer lagu dari youtube ke mp3...itu bangla x tau buat...janji boleh buat tapi x erti..rugi $30...
aduan demi aduan dibuat malah di malaysia kini 3 minggu lepas...
Masalah siapa ?bukan rakyat melayu cina atau india tapi pentadbiran jabatan kerajaan. Kementerian Perdagangan dlm negeri gagal ....mereka tidak melaksanakan tugas mereka untuk membuat tinjauan atau risikan yg ramai penjual penipu di sekitar bukit bintang. perkara ini dah lama berlaku...kenapa tidak ada tindakan..? nak tunggu sampai orang gaduh sehingga mencalarkan negara ini dgn nama perkauman?
macam mana pula kebanjiran bangla dan Pakistan di tingkat atas ? macam mana mereka boleh dpt permit kerja dan lesen?
x kan pegawai lepas pandan atau sibuk kira $$$ ..
itulah pegawai2 atasan perut semakin buncit dan macam2 penyakit..
Bertaubat lah oiii ...dunia ini sementara aja...buat amalan baik sebelum mampus ..
Kaum cina ni bila mati nak bawa duit masuk kubur, tapi sekarang dah pakai duit palsu pula masuk kubur. cuma aku hairan, kenapa diaorang tak bawa h/phone dan charger masuk kubur?
zakumis aka kuman, aku faham perasaan kamu...sebab saya pun golongan kau juga di mana cina ini jenis kuat kaki kencing tapi apakah kita harus tuding jari pada satu kaum aja? di mana pihak berkuasa? kenapa ramai pendatang di low yat? malah di imbi plaza dulu semua cina skg di ambil oleh bangla dan pakistan yg kurang pengetahuan dlm komputer tapi untuk menipu pelanggan....
jadi , pentadbiran negara yg seharusnya di pikul oleh agensi berkenaan gagal ...lemah ....maka dtg huru hara macam ini.
cuba ke singapore ..rata2 cina meniaga...ada mcm itu? sebab pihak berkuasa tegas...
di malaysia ini memang out....ckp besar tapi kerja macam penyu...
jadi dlm isu ini kena salah pihak berkuasa bukan penjual dan pembeli.
Hari itu saya buat thread melayu oh melayu...tidakkah segala tulisan saya menjadi satu kenyataan?
Haa cuba kau tengok.. dimana kebenaran agama buddha sampai orang cina tidak ada didikan supaya jujur, bukan sahaja dimalaysia, bahkan dinegara china pun macam itu, orang eropah pun hari-hari kene tipu dalam online business. ini menunjukkan agama buddha adalah agama tidak boleh mendidik.
ayioooooo ini bukan isu agama lah pakcik....ajaran buddha tidak ajar keganasan salah malaysia lah...saya dah awal2 dah ckp...sekolah bangsa harus di hapuskan dan di payungkan sekolah wawasan.. ....dan pihak berkuasa juga tegas dlm kerja ....ini punya simple x paham....ayiooooo i pening skg...nak telan 4 biji panado
Haiyaa.. ini ha masalah pemimpin gov susah mau cakaplaa... kalau lu boleh ubah ini style pimpinan atasan pigi laa.. dimana-mana nigala pun ada periode excellent dan corruption, u tengok singapore sikalang ok, tapi 100 tawun lagi belum tentu ok, 100 tahun dulu indonesia ok, sikarang dah tak ok, ini tak tentu punya... So, jika gov tak boleh handle ini semua siapa yang boleh kita harapkan? ... secara universal religion memainkan peranan untuk mendidik masyarakat supaya jangn jadi manusia penipu. Saya tengok cina yang masuk islam.. mereka tidak suka menipu lagi.
mcm saya ckp...jgn campur aduk agama...sedangkan negara paling korup adalahnegara islam...itu lah hakikat nya...
yg saya cakap ini pengusahaan pihak agensi yg lemah....bukit bintang inikaya dengan penjual penipu, pendatang, maksiat....mana pihak berkuasa?? Yg peganKetua dlm jabatan kerajaan siapa? Cina ka?
Bila gaduh di low yat,,,apa kah penjual dan pembeli kena di salahkan?
Aktivis popular Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini menyalahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) susulan insiden pergaduhan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Justeru, kata pengerusi Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, dakwaan kegagalan KPDNKK menyiasat perkara berkaitan akan mengganggu urusan berhari raya pihak lain.
Rani mahu KPDNKK menyiasat dakwaan di Internet bahawa pergaduhan di Low Yat pada Sabtu dan Ahad berpunca daripada penipuan penjual telefon bimbit.
“Kepada KPDNKK anda tidak menjalankan tugas dengan kemas untuk membantu pembeli.
“Banyak pembeli teraniaya dan tertipu. Bila jadi macam ini polis yang susah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) patut boleh raya, (tetapi) tiga hari lagi nak raya tak boleh raya.
“KPDNKK kamu yang salah kamu yang tidak boleh raya, polis boleh beraya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.
Dalam versi lain, pergaduhan dikatakan berpunca daripada kes kecurian telefon bimbit.
Sementara itu, Rani hari ini membuat laporan polis yang mendakwa terdapat penjual menjual barangan tiruan di Low Yat.
Teliti sebelum beli
Beliau mahu PDRM dan KPDNKK bertindak segera dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada pengguna agar meneliti telefon bimbit pintar sebelum dibeli terlebih dahulu supaya perkara sama tidak berulang.
Beliau bagaimanapun menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar berhenti dari menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menyebabkan salah faham dan menyentuh sensitiviti kaum.
Selepas pergaduhan sekumpulan lelaki di plaza itu pada Sabtu, kira-kira 200 orang menyerbu pusat jualan barangan elektronik itu semalam.
Komen-komen di Internet menimbulkan kebimbangan ia menjurus ke arah pergaduhan kaum walaupun polis menafikan perkara itu.
Video dan gambar meluas disebar meluas di Internet.
Rani terkenal kerana cara berpakaian seragam seperti pasukan keselamatan, berkaca mata hitam dan kenyataannya yang dilihat mencuit hari pelbagai pihak.
Beliau kini antara 'personaliti' Internet yang paling banyak menjadi mangsa persendaan.
Wahai bangsa Melayu, kita perlu duduk berborak, dan saya rasa nak tunggu waktu berbuka nanti lambat sangat.
Ramai yang akan kata, melakukan perangai buruk itu hanyalah minoriti bangsa kita sendiri. Tapi peribahasa kita sendiri menceritakan nila setitik merosakkan susu sebelanga.
Ramai yang akan kata tulisan saya ini mengguris hati mereka. Peribahasa kita sendiri menyatakan kalau tergigit cili akan terasa pedas.
Bila berbuat sesuatu, pasti ada balasannya. Jadi bila Melayu berarak di depan Low Yat untuk menjadi pejuang bagi golongan perompak dan penghisap dadah, sudah hilang akal dan tidak tahu malu rupanya Melayu hari ini. Kes yang berlaku di Low Yat menunjukkan Melayu sendiri boleh dibangangkan remaja yang mengaku mencuri telefon bimbit dan menghisap dadah kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), apatah lagi NGO yang kononnya mewakili Melayu macam Pekida.
Lagi mengejutkan ialah betapa senang dan selamba bangsa Melayu melupakan ajaran agama, tambah lagi dalam bulan Ramadhan. Begitu senang saja beribu Melayu nak berhimpun kononnya nak “keadilan” untuk remaja yang jelas bersalah.
Tidak sangka Melayu jelas hipokrit. Bila mereka sendiri membelasah pencuri atau peragut, boleh. Tapi, bila orang sendiri kena, semua tiba-tiba jadi “pejuang bangsa” kononnya, berhimpun suruh belasah balik orang Cina.
Senang cakap, bila Melayu membangangkan Melayu sampai membabi buta, Cina pula yang dijadikan mangsa.
Melayu, oh Melayu, kenapa senang sangat dibangangkan Melayu. Tak terasa malukah Melayu, menjadi pak turut hanya kerana sama bangsa?
Tidak terfikirkah sejenak untuk membiarkan pihak berkuasa menyiasat Melayu? Tidak terfikirkah untuk bertanya pihak-pihak yang terlibat semua duduk berbincang dulu?
Senang cakap, adakah kamu memang langsung tidak berfikir Melayu?
Negara dalam keadaan ekonomi tidak menentu, duit berbilion lesap atau entah tak tahu ke mana, tapi Melayu boleh pula beremosi, “gagah”, “jadi pejuang bangsa”, kerana pencuri telefon bimbit?
Mana prioriti kamu, Melayu?
Kamu kata nak memperjuangkan bangsa dan agama, tapi lagi rela jadi tukang belasah orang untuk apa?
Mana perginya keinginan memperjuangkan keadilan ekonomi, memastikan si petani, si nelayan, malah si pekerja pejabat semuanya boleh hidup dengan aman, berpendapatan cukup bukan saja untuk menampung hidup sekeluarga, tetapi dengan tambahan yang cukup untuk disimpan.
Mana perginya pejuang bangsa Melayu yang melaungkan keperluan anak-anak muda memegang ijazah sarjana muda mendapat kerja, dan boleh memanjat piramid korporat sampai ke puncaknya.
Mana perginya pejuang bangsa Melayu yang memikirkan inovasi, keinginan menjadi usahawan berjaya, yang tidak melihat bangsa lain sebagai ancaman tetapi sebagai cabaran untuk berusaha lebih gigih.
Apakah kita menjadi bangsa yang hanya terkenal sebagai merempit, meragut, menagih dadah, malah menagih simpati dan pertolongan dari kerajaan bagai candu sampai tidak menyoal langsung perbuatan mereka?
Peristiwa di Low Yat bukanlah peringatan rusuhan kaum boleh berlaku semula di Malaysia. Lebih dari itu, ia menunjukkan hanya Melayu saja yang masih memikirkan keganasan sebagai penyelesaian masalah duniawi.
Hanya Melayu saja yang ingin merusuh depan kompleks membeli belah tengah bulan dalam kalendar Islam yang sejarahnya dilarang mengganas, sampai ahli politik kita pun semua terkedu nak bising.
Baru tahun lepas NGO Melayu memanggil untuk satu Renaissance Melayu. Tak sampai setahun nampaknya Melayu sendiri dah balik ke zaman belasah membelasah.
Nampak sangat Melayu memang mudah lupa – 13 Julai, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.cyxcHMfs.dpuf