CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 0

Info - 5 Bunyi Rahsia Tangisan Bayi

[Copy link]
Post time 29-7-2015 07:29 PM | Show all posts |Read mode


Tahukah anda bahawa tangisan rutin bayi boleh di kenal pasti? Asasnya ialah, apabila bunyian di tambah kepada tindakan refleks badan, bunyi yang unik dan bersifat sejagat (universal) akan terhasil.

Perhatikan fenomena seperti sedu, menguap, sendawa, bersin atau batuk dalam kalangan orang dewasa. Bukankah setiap fenomena tersebut hadir dengan bunyi tersendiri dan bersifat universal? Semua manusia akan sedu, menguap, sendawa, bersin dan batuk dengan bunyi yang serupa.




Perkara yang sama terjadi kepada bayi. Bayi tidak mampu bercakap. Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula menangis.

Ada lima bunyi tangisan rutin yang dapat dikenal pasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language;
a)      “Neh”- Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat ‘sucking reflex’.

b)      “Heh”- Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, lampin bayi   penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.

c)       “Owh”-Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (‘yawning reflex’).

d)      “Eh”-Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.

e)      “Eairh”-Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
Mengetahui apa yang “dituturkan” bayi membolehkan anda memberi respon yang tepat dan cepat, mengelakkan bayi  memulakan tangisan menjerit dan melalak. Dengan itu, anda kurang stres, seisi rumah lebih tenang dan tidur anda lebih panjang!

Memahami bayi menyebut “Neh” dapat memastikan pencapaian berat badan dan pembesaran bayi yang sihat kerana ibu tidak terlebih atau terkurang menyusukan bayi. Ibu akan menyusukan setiap kali diminta bayi berbanding mengagak-agak sendiri. Lebih penting, pembaziran susu terutama stok susu ibu dapat dielakkan bila penjaga bayi anda juga memahami percakapan bayi.

Memahami sebutan “Eh” pula mengelakkan bayi disusukan dalam keadaan angin masih belum dikeluarkan. Susu akan berada dia atas angin dan bayi akan muntah selepas menyusu. Masa akan dibazirkan, baju akan dikotorkan, bayi tidak kenyang dan tidak dapat tidur.

Lebih parah, jika angin yang tidak dikeluarkan itu turun ke bahagian bawah perut  dan mengakibatkan kembung perut. Sesiapa sahaja boleh belajar apa jua bahasa di dunia ini bukan?

Tentunya bahasa bayi ini yang paling mudah! Menguasai sistem ini semudah ABC. Kerap mendengar sampel-sampel bunyi d dalam DVD dan membandingkan dengan bunyian yang dihasilkan bayi anda SEBELUM bayi mula menangis adalah kuncinya! Bibik, suami, pengasuh dan sesiapa juga yang penting dalam hidup bayi anda boleh mempelajarinya. Para ibu tidak akan bersendirian lagi bila orang di sekeliling  juga memahami bayi!

Uswatun Hasanah Bt Mohd Habib
National Trainer Baby Language Malaysia
The Happiest Baby Certified Educator
Facebook/Instragram : baby language
[email protected]
pama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.107596 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list