Zaman sekarang ni bukan semua orang pandai menyiang ikan, lebih-lebih lagi anak dara yang bakal berkahwin memang perlu tahu kaedah siang ikan. Ya lah walaupun boleh saja beli ikan yang sudah siap siang di pasar, tapi mana tahu mertua suruh siang ikan ke. Tak ke malu kalau tak reti.
Tapi usah gusar, jom belajar asas siang ikan ni dulu. Tak memerlukan pisau hanya gunakan jari saja.
Kaum lelaki pun boleh belajar hikmat cekik perut ikan guna tangan kosong yang dikongsikan oleh saudara Hamka Keretamayat. Semoga memberi manfaat pada semua terutamanya ketika dalam keadaan darurat tersesat dihutan atau sebagainya. Tiada pisau, guna jari pun boleh..... Selamat mencuba! - CARI Infonet.